Friday, March 19, 2010

Cukuplah sekadar Kempen Tutup Lampu


Cukuplah sekadar Kempen Tutup Lampu

Tak payahlah selepas ini ada lagi yang panggil Abang Singh (TV3 Aduan Rakyat 17 Mac 2010) ini nak luahkan hajat kalau boleh nak korek semula kubur anak beranak yang sudah tinggal rangka dalam tanah kubur yang tidak terurus di Sungai Tua berkedudukan di jalan utama ke Ulu Yam itu - nak dipindahkan rangka yang ada itu ke kubur yang lebih terurus persekitarannya.

Tak mengaji ke puak-puak ini? Lupakan mereka terhadap Fardhu Kifayah? Kalau Majlis Perbandaran Selayang tak buat, di manakah JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor? Kalau JAIS tak buat, di manakah ahli kariah masjid berdekatan? Kalau ahli kariah tak buat, di manakah sanak saudara atau adik-beradik semati yang jasadnya terkandung di dalam tanah itu?

Adakah Fardhu Kifayah itu dibuat seorang, yang lain tak payah buat?

Bagi orang yang mengaji tak seberapa macam aku ini, kalau susah sangat nak redah semak samun masa nak melawat tanah kubur itu - tak payah pergi! Sedekah saja Fatehah ataupun kalau masa terluang baca saja Yasin di rumah! Kaki seluar tak hinggap kemuncup! Hujung baju kurung tak randuk tanah! Tak payah heret anak bini macam nak pergi pasar malam!

Sudah-sudahlah! Janganlah panggil Abang Singh lagi kalau berkaitan dengan Fardhu Kifayah ini. Agaknya kalau selepas ini makmum tak cukup 40 orang nak dirikan Solat Jumaatpun ada yang mengadu kat Abang Singh ini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

ASH said...

Bang sabor bang saborr...smile.
.
.
that's right!

lukmanw@gmail.com said...

Ehm,

1. Kalau ziarah jenazah tapi habiskan masa bersembang di bwh pokok depan rmh aruah - baik jgn pergi!

2. Kalau ziarah pesakit tapi rancak bersembang dgn pelawat lain sampai kena tegur dgn nurse - baik jg pergi!

Tak marah cuma emotional sikit!

Lukmanw