Thursday, March 04, 2010

Kunjungan kedua ke Radix Oriental Cuisine


Kunjungan kedua ke Radix Oriental Cuisine

Ahad lepas selepas satu program Career Talk Student, aku, isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu singgah di Sungai Petani untuk makan malam di Radix Oriental Cuisine.

Ini adalah kunjungan kami kedua di sini setelah mengunjunginya kali pertama pada bulan Disember tahun lepas.
Rujuk di sini untuk posting sebelum ini.

Kami mencuba set menu baru tetapi rasanya set menu kali pertama dulu lebih enak kalau mengikut citarasa kami tiga beranak. Bagaimanapun menu Prawn Butter di sini sudah tentu tiada tandingannya setakat ini.

Untuk kunjungan mendatang kami bercadang untuk mencuba Steamboat pula.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Menariknya di sini, set buah-buahan pencuci mulut dihidangkan awal sebelum makanan lain.

































3 comments:

lukmanw@gmail.com said...

Menu pilihan kami - set A 4 dishes + White Rece + Herbal Tea + Mixed Fruits dgn pilihan;

i. Deep Fried Siakap with Spicy Souce
ii. Fried Prawan with Butter
iii. Fried Chicken with Lemon
iv. Steamed local Beancurd with Chicken Meat
v. Radix Cola
vi. Radix Coffee

xplorer said...

butter prawn tu nampak mcm berminyak sgt.tapi nampak sedap

lukmanw@gmail.com said...

Xplorer

Mmg berminyak tapi butter-nya yg berselirat itu ranggup dan spicy (byk daun kari) itu yg sedap sampai licin. Rasa telur terasa! Dan ada manis sikit - mungkin dibubuh gula.

Mcmanapun Fried Chicken dgn Lemon Sauce itu kureng sikit kalau dibandingkan dgn menu terdahulu iaitu Fried Chicken dgn Manggo (dihiris).

Deep Fried Siakap mmg digoreng melengkung mcm di Seafood Village di PD tapi Spicy Sauce mcm rasa sambal belacan saja. Di PD hanya ditabur kicap campur hirisan cili padi.

Lukmanw