Gadis cilik penjual Nasi Lemak Daun Pisang
Petang tadi dalam perjalanan pulang dari Sintok ke Taiping semasa melalui Prai, aku tertiba ingin menjamah Ketiaw Goreng dan Capati Dil Rubah di Medan Selera Jalan Tenggiri. Kalau ada Nasi Lemak Daun Pisang yang dijual Gadis Cilik di situ mau juga dibeli sama.
Dari jauh lagi aku sudah terlihat kelibat Gadis Cilik ini yang lincah jemarinya membungkus Nasi Lemak dalam Daun Pisang.
Seingat-ingat aku, aku mula membeli Nasi Lemak Daun Pisang ini semenjak tahun 2006 iaitu ketika aku mula mengajar di Prai ini. Ketika itu Gadis Cilik ini rasanya masih bersekolah rendah. Ketika itu dia hanya penunggu deretan Nasi Lemak-Nasi Lemak yang sudah siap berbungkus yang pastinya dibungkus oleh orang dewasa yang mungkin juga ahli keluarganya yang terdekat.
Kini Gadis Cilik ini memonopoli dari menjual nasi lemak berbungkus dan juga nasi lemak berlauk lain.
Seperti biasa juga, selain Nasi Lemak Daun Pisang, turut dibeli Ketiaw Goreng dan Capati yang kesemuanya dalam tiga pangku; satu pangku sudah tentu untuk aku, isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu; satu pangku lagi untuk bapa dan mak aku di Kampung Pinang dan satu pangku lagi untuk emak mertua dan adik ipar aku di Rumah Awam Jalan Stesen.
Maklumlah anak yang taat dan juga menantu
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
2 comments:
aku pn dari 2006 mula beli nasi lemak ngn adik nii..rajin tlg mak ayah dia meniaga..dh besaq dh anak ayah ..heheheh
Assalam K2
Dah besar dah boleh buat menantu :-)
Skrg aku jarang singgah petang di sini. Lebih kerap singgah awal pagi (dari Taiping) sebelum masuk kerja di Sintok.
Menu pilihan? Di sini- http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2010/12/tose-dan-apom-manis.html
Post a Comment