Friday, March 26, 2010

Walaupun sekadar secawan teh



Walaupun sekadar secawan teh

Stesen minyak Petronas di R&R Ulu Bernam Selatan ini bukan sahaja sentiasa mengambil bahagian dalam Kempen Rehat Seketika semasa cuti perayaan tetapi kerap-kali juga mengadakan kempen minuman percumanya yang tidak mengira masa perayaan tertentu.

Saya difahamkan kebiasaannya stesen ini mengadakan kempen minuman percuma pada setiap petang Jumaat dan Ahad ketika banyak pemandu-pemandu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan.

Tiga empat tahun lepas stesen yang sama mengadakan kempen minum petang dengan pilihan minuman panas dan sejuk serta sebutir-dua kuih tradisional. Malah saya sendiri pernah berpeluang minum Kopi-O Panas dengan Bubur Durian bercecahkan Roti Sandwich. Bagaimanapun, petang tadi hanya tersedia teh panas untuk dijamah.

Apapun, syabas kepada pihak pengurusan stesen ini. Semoga dimurahkan rezeki dan kempen ini akan berlanjutan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

1 comment:

speedrider said...

setuju. Masa RSSM, saya belasah minum REVIVE free atas kempen dehydration.


Bayangkan baju macam nak naik ke bulan, single stand depan gerai, dan minum sepuas hati. hehehehe