Anak Yatim Nurul Iman MENYANTUNI Warga Emas Nurul Aaida
Alhamdulillah cuaca memihak kepada kami, KOMUNITI Amal TAIPING
(KaT) di pagi 1 Januari 2015 ini. Program Anak Yatim Nurul Iman, Kampung
Pinang, Kamunting menyantuni Warga Emas Nurul Aaida, Kampung Ekspo Kamunting
ini adalah program sulong kami di tahun 2015 ini.
Objektif program kami ialah berkongsi keprihatinan di antara
dua golongan terpilih ini. Masing-masing peka adanya golongan yang hampir
senasib dengan mereka. Malah mereka bersyukur jika dibandingkan dengan mangsa
banjir yang ada tinggal sehelai sepinggang sahaja.
Program bermula dengan Sarapan Roti Canai yang ditaja oleh
En. Basir Hussain, pemilik Warung Nasi Kandar Basir, Medan Kamunting. Anak-anak
dilayan sendiri oleh En. Basir, walaupun dia tidak menang tangan dengan
pelanggannya yang ada terpaksa berdiri menunggu kerusi kosong untuk diduduki.
Kami juga dikejutkan dengan tambahan Kuih Samosa, Popia
Goreng dan Karipap Goreng. Kuih-kuih ini adalah sumbangan dari salah seorang
pekerja En Basir dikenali sebagai Mamu, seorang warga negara Bangladesh.
Selepas bersarapan, kami bergerak ke Rumah Warga Emas Nurul
Aaida, Kampung Ekspo Kamunting. Setiap anak-anak ditugaskan untuk menyampaikan
sumbangan berupa Beg berisi Barangan Hyigene, Bekas Makanan berisi Kek Cawan, Puding, Buah Anggur dan Epal. Juga
disumbangkan Bekas Minuman berisi Teh-O. Selain itu turut disumbangkan, Kain
Batik, Tuala dan sedikit wang tunai. En. Basir dan pekerjanya juga turut
mengirimkan Roti Canai dan kuih-muih untuk Warga Emas ini.
KaT turut menyampaikan sumbangan orang ramai berupa Barangan
Makanan Mentah dan sedikit wang tunai, kepada Penjaga Rumah Nurul Aaida ini.
Ketika bersiap hendak pulang, anak-anak ini dikejutkan
sekali lagi apabila dua insan Warga Emas ini bersedekah wang pula kepada semua
anak-anak ini.
Anak-anak kemudiannya singgah sebentar melawat bapak saya di
Kampung Pinang, yang terlantar hampir tiga tahun atas keuzuran. Ini juga memenuhi
hasrat emak saya untuk berjumpa dengn anak-anak ini. Di sini, anak-anak
disumbangkan peralatan hygiene, tuala, air minuman, cokelat Kit-Kat, kacang
rebus dan sedikit wang tunai.
Anak-anak kemudiannya kembali ke Rumah Nurul Iman untuk
aktviti seterusnya. Di sini KaT menyampaikan sumbangan dari orang ramai berupa
Beg Sekolah, Bekas Air, Bekas Makanan, Peralatan Kelengkapan Sekolah seperti
Bekas Pensil (berisi Pen, Pensil, Pemadam, Pembaris, Pengasah Pensil), Pensil
Warna dan Bekas Pensil Lut Sinar (untuk peperiksaan). KaT kemudiannya mengukur
saiz baju, saiz seluar dan saiz kasut untuk dibeli masa terdekat ini. Manakala
Stokin dan Sapu Tangan in sya Allah akan diberi terus oleh penyumbang lain.
Seorang penyumbang lain juga akan menyumbangkan sebuah Kamus untuk setiap
seorang anak-anak ini. In sya Allah, sebuah NGO di Taiping juga akan
menyampaikan sebuah beg sekolah lagi untuk anak-anak ini di masa terdekat ini.
Semasa sesi penyampaian sumbangan, anak-anak dijamu dengan
Kek Cawan, Puding, Buah Anggur dan Buah Epal. KaT juga menyampaikan Barangan
Makanan Mentah, sumbangan orang ramai, kepada Pengurus Rumah Nurul Iman.
Majlis pagi ini diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari
sempena kepulangan mereka ke Rumah Nurul Iman. Menu tajaan berupa Nasi
Briayani, Ayam Goreng Berempah, Parpadom, Tembikai, Air Sirap dan Bubur Gandum
campur Sagu dan Jagung.
In sya Allah malam ini akan diadakan Majlis Tahlil dan
Bacaan Yassin sempena kepulangan anak-anak ini ke Rumah Nurul Iman sesi 2015
ini serta mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan-Nya segala urusan mangsa
dan penyelamat mangsa banjir ketika ini. Menu Makan Malam tajaan seorang
penyumbang iaitu Ikan Keli dan KaT menyediakan (memasak) Ikan Keli Goreng
Sambal, Telur Dadar dan Sup Sayur Campur dengan isi Ayam.
Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang
menjayakan program amal KaT ini iaitu, Anak Yatim Nurul Iman MENYANTUNI Warga
Emas Nurul Aaida. Terlalu ramai untuk KaT menyatakan nama-nama mereka di sini.
Menariknya kali ini, antara penyumbang yang terlibat ialah
seorang penyumbang yang bukan beragama Islam, seorang penyumbang Warga
Bangladesh dan dua orang dari Warga Emas Nurul Aaida sendiri.
Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas sumbangan
tuan-puan. In sya Allah, anak-anak yatim ini akan mendoakan agar tuan/puan
dimurahkan rezeki, dipelihara-Nya dan dipermudahkan-Nya apa jua urusan
tuan/puan. Amin.
Catatan. KOMUNITI Amal TAIPING (KaT) adalah gabungan
beberapa individu untuk tujuan beramal di Taiping. KaT tidak mewakili mana-mana
rumah kebajikan. Rumah Nurul Iman dan Rumah Nurul Aaida adalah pilihan kami
untuk program amal hari ini 1 Januari 2015.
Makluman lanjut boleh hubungi Penyelaras KaT, Lukman Wan Mat
Daud 0195582626 (sms/whatsup), Lukman Wan Mat Daud (FB) atau lukmanw@gmail.com
(email)
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment