Monday, January 05, 2015

Bubur Nasi (Porridge) di Taiping – lain padang lain belalang !







Bubur Nasi (Porridge) di Taiping – lain padang lain belalang !
Selain dari Sup dan Roti, saya amat menggemari Bubur Nasi atau Prorridge ini. Ada juga mengenalinya sebagai Kanji Nasi. Tertunggu-tunggu saya di bulan Ramadhan untuk merasai Kanji Sedekah Masjid atau Surau. Saya juga pernah berpeluang menjamah Kanji Ramadhan Masjid Kampung Baru, KL yang terkenal itu.
Di Taiping dan Kamunting, biasanya kalau bersarapan selepas pilihan lain seperti Roti Bakar, saya memlih sama ada Bubur Nasi Gerai Semilang Assam Kumbang atau Bubur Nasi Sinar Cafe Kamunting Bus Station.
Saya dan anak lelaki saya lebih menggemari Bubur Nasi Sinar Cafe kerana ramuannya ada dimasukkan Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin. Isteri dan emak saya pula lebih menggemari Bubur Nasi Gerai Sembilang kerana ramuannya tanpa Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin, Cuma ada ikan bilis yang dimasak sekali bersama bubur. Kdua-dua Bubur Nasi di sini memilih ayam sebagai ramuan utama.
Bagaimanapun pilihan saya masih kepada Bubur Nasi arwah mertua saya yang lengkap semuanya termasuklah Lobak Masin Goreng. Malah ramuan utamanya ialah Isi Daging yang dipotong kiub kecil.
Lain padang, lain belalang! Lain orang, lain pandangannya (selera). Tak perlulah menidakkan “pandangan” orang lain. Tepuk dada tanya selera! Pilihlah mengikut selera anda. Dan biarkan (hormati) selera orang lain, biar dia memlih mengikut seleranya.





No comments: