Bubur Nasi (Porridge)
di Taiping – lain padang lain belalang !
Selain dari Sup dan Roti, saya amat menggemari Bubur Nasi
atau Prorridge ini. Ada juga mengenalinya sebagai Kanji Nasi. Tertunggu-tunggu
saya di bulan Ramadhan untuk merasai Kanji Sedekah Masjid atau Surau. Saya juga
pernah berpeluang menjamah Kanji Ramadhan Masjid Kampung Baru, KL yang terkenal
itu.
Di Taiping dan Kamunting, biasanya kalau bersarapan
selepas pilihan lain seperti Roti Bakar, saya memlih sama ada Bubur Nasi Gerai
Semilang Assam Kumbang atau Bubur Nasi Sinar Cafe Kamunting Bus Station.
Saya dan anak lelaki saya lebih menggemari Bubur Nasi
Sinar Cafe kerana ramuannya ada dimasukkan Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin.
Isteri dan emak saya pula lebih menggemari Bubur Nasi Gerai Sembilang kerana ramuannya
tanpa Ikan Bilis Goreng dan Telur Masin, Cuma ada ikan bilis yang dimasak
sekali bersama bubur. Kdua-dua Bubur Nasi di sini memilih ayam sebagai ramuan
utama.
Bagaimanapun pilihan saya masih kepada Bubur Nasi arwah mertua saya yang lengkap semuanya termasuklah Lobak Masin Goreng. Malah ramuan
utamanya ialah Isi Daging yang dipotong kiub kecil.
Lain padang, lain belalang! Lain orang, lain pandangannya
(selera). Tak perlulah menidakkan “pandangan” orang lain. Tepuk dada tanya
selera! Pilihlah mengikut selera anda. Dan biarkan (hormati) selera orang lain,
biar dia memlih mengikut seleranya.
No comments:
Post a Comment