Restoran Hamidah & Ahmad Taiping - Restoran Gomen Harga Rakyat
Restoran Hamidah & Ahmad ini terletak di bawah Hotel Paris bersebelahan Kedai Buku Popular, Wisma Palaniappa dan di belakang The Store Taiping Jaya.
Restoran ini dikenali sebagai Restoran Gomen Harga Rakyat sebab operasinya mengikut Gomen Kerja dan harga makanannya (lauk-pauk) amat-amat berpatutan untuk Harga Rakyat.
Saya sekeluarga tidak pernah makan di sini lagi tapi adalah sekali dua membeli bungkus. Sememangnya memang layak digelar Restoran Gomen Harga Rakyat sebab majority pelanggannya adalah penjawat awam.
Memang betul Harga Rakyat sebagai contoh menu yang saya beli tengahari tadi ialah -
(i) Nasi Puteh x 3 Poly Pack Penuh
(ii) Ayam Goreng x 2 Dada Besar
(iii) Kari Ikan Sembilang x 1 Ketul Besar Isi Ikan
(iv) Sambal Tumis Ikan Bilis x 2 Senduk Besar Penuh
(v) Sayur Campur x 2 Senduk Besar Penuh
SEMUANYA RM 13.00. Alhamdulillah
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.glogspot.com
1 comment:
Saya Sangat Suka Restoran Ini. Saya Dapat Makan Dengan Percuma Kerana Tauke Restoran Ini Nenek Dan Tok Saya😂
Post a Comment