Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Jual Waktu Petang
Sekarang ini Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang mudah didapati waktu pagi atau waktu malam bukan sahaja di Taiping malah merata-rata tempat di Malaysia ini.
Kadang-kadang kalau terasa “malas” makan nasi tengahari dan teringin nak makan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang waktu petang, saya akan mencarinya di Dataran Selera Kamunting Jaya. Gerai Kuih bersebelahan Gerai Kak Lily Popiah ini ada Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang yang dijual bermula dari sekitar pukul 2.00 petang.
Sebenarnya di sini terkenal dengan Kuih Gorengan seperti Pisang Goreng, Ubi Goreng dan Cokodok. Kalau kena musimnya ada Cempedak Goreng atau Sukon Goreng.
Di samping itu terdapat juga kuih-kuih seperti Koci, Lepat, Tepung Bungkus dan sebagainya.
Mee Rebus juga berbaloi untuk dicuba di sini bersama Ais Kacang.
No comments:
Post a Comment