Saturday, January 24, 2015

Dangai Pasar Pagi Kamunting


Dangai Pasar Pagi Kamunting

Kadang-kadang setelah jemu dengan Roti Bakar, saya mencari kuih-muih pula untuk sarapan terutama kuih-muih tradisional. Biasanya kuih-muih pilihan saya adalah jenis pedas seperti Cucur Badak, Pulut Udang, dan Cucur Udang.

Ada juga kuih unik yang saya kadang-kadang membelinya semata-mata teringatkan arwah Tok Nek saya (emak kepada nenek saya) yang suka dan rajin membuat kuih-muih yang renyah ini untuk cicit-cicitnya.

Antaranya Dangai. Tetapi saya amat cerewet memilih (membeli) Dangai ini. saya memilih luarannya agak sedikit kehitam-hitaman garing bukan hangus tetapi isinya mesti masak sepenuhnya sekadar kenyal bukan liat. Rasanya pula tidak terlalu manis dan terlalu tawar.

Pilihan sebelum saya ini ialah berdekatan tempat kerja saya nun di Utara Semenanjung tetapi di sini Changkun ini, Dangai dibuat (dimasak) tempat lain bukan di tempat jualan. Tetapi sekarang saya sudah tidak bekerja lagi di sana!

Alhamdulillah di Pasar Pagi Kamunting bersebelahan Pasar Ikan, kini terdapat sebuah Gerai Dangai. Menariknya lagi, rasa Dangai ini dipelbagaikan tidak lagi semata-mata rasa asalnya iaitu Kelapa.
Saya membeli tiga biji pelbagai rasa Dangai pagi ini untuk mencubanya iaitu Dangai Kaya, Dangai Jagung dan Dangai Coklat.

Tidak mengecewakan saya. Dangai di sini menepati citarasa saya seperti dimaklumkan di atas. Malah saya sudah jatuh cinta dengan Dangai Jagung dan Dangai Kaya. Mungkin juga disebabka saya tidak mengemari Coklat. Biasanya lain orang lain cita-rasanya.

Paling-paling menarik, ke-fresh-san-nya.  Dangai dibuat (disediakan) dan dimasak (dibakar) di sini juga!

Esok nak cuba Dangai perasa asal iaitu Kelapa dan Kacang Merah pula.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com 













No comments: