Tuesday, January 05, 2010

Inikan pula tempat minum!








Inikan pula tempat minum!

Kata orang; tempat jatuh lagi dikenang - inikan pula tempat minum!

Aku mula "makan-minum" di USM Penang ini pada tahun 1995 apabila mula melaporkan diri untuk seminggu minggu orientasi sebagai pelajar Sains Pemulihan. (Aku belajar semula setelah 10 tahun aku gagal di UM dan ITM!)

Sains Pemulihan? Itulah nama program kepada pelajar-pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh yang perlu diikuti jika mereka tidak mempunyai kelayakan SPTM tetapi berhasrat untuk mengikuti program Ijazah Pertama dalam Sains dan Kejuruteraan. Hampir samalah dengan matrikulasi.

(Macam pemulihan dadah, akhlak dan jenayah sahaja bunyinya!)

Program ini dijalankan selama 2 tahun dengan kelasnya 2 kali atau sekali sebulan di kelas hujung minggu sabtu dan ahad sahaja. Berulang-aliklah aku dengan motosikal dari Taiping ke USM Penang ini. Sebulan dalam setahun pula pada bulan Disember, aku akan menjadi pelajar sepenuh masa untuk makmal dan sebagainya.

Biasanya seawal 6 pagi aku sudah keluar rumah bujang aku di Taiping dan biasanya aku akan singgah di Rope Walk sebelum ke kelas. Sebelah petangnya pula aku akan ke Plaza Chowrasta untuk meninjau pula buku-buku terpakai di situ.

Di dalam kampus pula, aku mesti ke Desasiswa Bakti Permai. Di sini di Gerai No. 11 aku terpesona dengan deretan gelas-gelas minumannya yang beraneka jenis. Biasanya kalau waktu tengahari terhidang hampir 30 gelas dengan citarasanya menghampiri 20 jenis.

Biasanya citarasa ini diadun dari lebih dari satu menu. Sebagai contoh; Juice Honey Dew yang dicampur Sagu iaitu satu-satunya pilihan aku semenjak dari tahun 1995!

Hari ini kebetulan aku berada di USM seharian dan aku mengambil kesempatan ini menjenguk semula Gerai No. 11 di Desasiswa Bakti Permai. Tidak disangka pemilik gerai yang sama masih di Gerai No. 11 ini!

Aku memilih Juice Honey Dew yang dicampur Sagu walaupun ditawarkan oleh pemilik gerai untuk mencuba Juice Campur Dragon Fruit yang tidak ada menu ini pada 10 tahun yang lalu.

Rasanya masih sama!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Kunjungan aku pada 9 pagi hari ini hanya menyaksikan beberapa menu sahaja. Pemilik gerai mempelawa aku datang waktu tengahari untuk melihat menu lengkap tetapi aku terikat dengan program. Mungkin lain kali aku datang semula khas untuk mengambil gambar menu lengkap minuman di sini.

No comments: