Kalau malu bertanya - tengok orang sebelah!
Semasa makan Nasi Lelapan di Restoran Muara sama ada di Water Front ataupun di Tudan, Miri, aku perasan ramai pelanggannya menggunakan buah limau nipis yang ada dalam pinggan lauk untuk mencuci tangan mereka selepas makan. Mungkin untuk menghilangkan bau belacan yang amat kuat itu.
Semasa makan Mee Kolok di Restoran Serai Wangi berdekatan Hotel Mega ini beberapa bulan lepas pula aku perasan pelanggan di meja bersebelahan yang mengorder Nasi Lelapan ini akan dibekalkan semangkuk air (ingatkan sup!) dengan di dalamnya ada sebiji buah limau nipis.
Sebentar tadi semasa makan malam (sudah tentu bermenukan Nasi Lelapan Ayam!), aku terdengar perbualan pelanggan bersebelahan meja aku di Restoran Serai Wangi ini yang menegur anaknya yang telah menghirup air di dalam mangkuk itu.
"Itu bukan sup! Itu air basuh tangan!" Tegur siibu kepada anaknya.
Nasib baiklah Nasi Lelapan Ayam yang aku order belum sampai! Kalau sampai mungkin aku juga akan menyangkakannya sup!
Lain kali kalau malu bertanya, tengok orang sebelah!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Ini macam kes makan kenduri. Ada yang minta dihulurkan piring lauk yang jauh dari jangkauan. Tapi silap diertikan oleh yang diminta tolong lalu disuanya Bekas Basuh Tangan. Oleh kerana malu alah, terpaksalah terus basuh tangan walaupun baru menjamah nasi!
No comments:
Post a Comment