Urap Jagung tanpa Kelapa Parut Gaul Gula Dan Garam
Rakan sekerja saya, Prof Madya Ab Aziz, orang Ganu yang merantau jauh ke benua Eropah tapi masih pekat dengan Ganu Besutnya (mirip Kelate) yang merekomenkan agar menetap di Quality Hotel, KL kalau ada urusan di KL.
"Breakfast dia class! Ada Urap Jagung, Pisang Rebus dan selang-seli dengan Keledek Rebus!", provoke dia semasa aku mula bekerja di Sintok 2 tahun dahulu.
Semenjak hari itu, aku dan isteri aku seorang itu serta anak jantan aku seorang itu akan jadi penghuni tetap hujung minggu di Quality Hotel ini. Biasanya sebulan sekurang-kurangnya sekali di penghujung minggu kami akan menginap di sini.
Pagi tadi salah satu menu sarapannya ialah Urap Jagung. Entah mengapa tiada disertakan dengan Kelapa Parut bergaul Gula dan Garam.
Aku bertanyakan kepada salah seorang pertugas hotel.
"Hari ini memang tak ada Kelapa Parut, encik!", jawabnya.
"Pasai gula naik harga ka?", saja aku tanya.
"Tak........", jawab dia kemalu-maluan!
Bila tak ada Kelapa Parut Gaul Gula dan Garam, saya pun tak lalu makan! Teringat dialog Abon dalam iklan radio Kicap Jalen.
Lalu-tak-lalu, banyak juga aku habiskan sebagai "brunch" ; breakfast + lunch!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Menu di sini;
1. Nasi Lemak, Ikan Bilis Halus Goreng, Sambal Bawang, Telur Rebus, Kacang Goreng dan Kangkung Goreng Chili.
2. Ayam Masak Merah berselang dengan Ayam Rendang.
3. Sambal Ikan Bilis berselang dengan Sotong atau Udang.
4. Sliced Beef, sliced Turkey dan Sausage.
5. Ketiaw Sup berselang Mee Kari atau Lontong.
6. Porridge dengan rencah-rencahnya.
7. Ketiaw Goreng Vegeterian berselang Mee / Maggie.
8. Pelbagai bijiran.
9. Roti Canai
10. Samosa, Karipap, berselang Popiah Goreng, Hashbrown Potatoes.
11. Pisang Rebus berselang Keledek Rebus atau Urat Jagung dengan Kelapa Parut gaul Gula/Garam.
12. Baked Beans
12. Baked Beans
13. Pelbagai Kek dan Roti.
14. Pelbagai Masakan Telur
15. Pelbagai Salad
16. Pelbagai Buah-buahan
17. Juice Orange/Honey Dew/Guava
18. Kopi/Teh
14. Pelbagai Masakan Telur
15. Pelbagai Salad
16. Pelbagai Buah-buahan
17. Juice Orange/Honey Dew/Guava
18. Kopi/Teh
19. Air Suam / Ais Kosong (sudah tentu tanpa gula!)
No comments:
Post a Comment