Friday, January 01, 2010

Pinggan Mangkuk di Rope Walk Jalan Kulit Penang


Pinggan Mangkuk di Rope Walk Jalan Kulit Penang

Ada yang tanya aku pasai koleksi pinggan mangkuk di Rope Walk Jalan Kulit Belakang Stadium Penang ini. Memandangkan aku tak berapa "memandang" pinggan mangkuk ini, memang aku tak perasan kewujudannya hinggalah ke hari ini.

Memandangkan juga flight aku pukul 3.30 petang ke KL dan Miri seterusnya hari ini, aku sengaja berada di Penang sekitar jam 11.00 pagi.

Menariknya koleksi pinggan mangkuk ini ialah harganya. Kalau dijual oleh penjual barangan koleksi, harganya berpuluh-puluh ringgit malah mencecah ratusan. Kalau dijual oleh penjual barangan terpakai atau lambakan dengan pelbagai barangan lain, haganya sekitar seringgit dua sahaja!

Cadang mulanya sekadar bersiar-siar sambil ambil gambar, minum atau makan pun tak mahu sebab nak perkena Nasi Campur MS Madinah sebelum solat Jumaat di Bayan Lepas tapi akhirnya berakhir juga dengan membeli beberapa buah buku sekitar RM 50.00.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

























No comments: