Menonton novel!
Pertama kali aku menonton filem "If Tomorrow Come" ini seawal tahun 90an. Kemudian aku menontonnya pula di setiap kali diulang-tayang di tv.
Beberapa tahun kemudian aku terjumpa novel bertajuk "If Tomorrow Come" karya Sydney Seldon di mana filem yang menggunakan tajuk yang sama diadaptasikan dari novel ini. Terus aku membelinya.
Mengagumkan aku apabila aku membaca novel ini seolah-olah aku menontonnya. Walaupun ada beberapa babak yang diolah berbeza sedikit dengan penulisan novel tetapi jalan cerita hampir seratus-peratus sama.
Bermula dari hari itu, banyak novel-novel karya Sydney Seldon menjadi koleksi aku. Tetapi karya "If Tomorrow Come" ini masih menjadi novel kesukaan aku. Tidak jemu membacanya walau berulangkali. Begitu juga kalau berkesempatan menontonnya, pasti aku akan menonton lagi.
Pagi tadi semasa aku di Rope Walk Jalan Kulit Penang, aku terjumpa lagi novel ini. Walaupun terpakai, keadaan buku ini masih elok lagi. Aku perolehi dengan harga RM 2.00 (harga asal ditawarkan RM 4.00!)
Satu lagi novel Sydney Seldon dalam koleksi aku.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Harga Novel Srenggenge itu pula RM 6.00 (harga asal ditawarkan RM 10.00). Novel karya SN Shanon Ahmad ini masih baru.
1 comment:
,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社
Post a Comment