Medan Selera Jalan Tenggiri Seberang Jaya
Medan Selera ini memang hebat dan "happening" di waktu pagi. Sebut sahaja makanan yang biasanya dinikmati di waktu pagi boleh didapati di sini. Dari Roti Canai, Capati, Tosei, Apom Manis, Roti Jala, Roti Arab hinggalah Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi Lemuji dan pelbagai lagi makanan berat. Begitu juga dengan kuih-muih Melayu dan kuih-kuih bangsa lain. Di sini juga terkenal dengan Cucuq Sekupang.
Di sebelah malamnya bermula dari seawal 5 petang, ada beberapa gerai yang beroperasi di luar Medan Selera ini. Kami sekeluarga, aku, isteri aku seorang itu dan anak jantan seorang aku itu adalah pelanggan tetap di sini. Bila sudah jemu menikmati makanan malam di sekitar Prai ini, kami akan kembali ke Medan Penjaja ini.
Malam tadi setelah menjenguk perlawanan Futsal antara DOSH Penang dan NRG, kami menjamu selera di sini. Bagaimanapun Gerai Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang tidak beroperasi malam ini. Peniaganya seorang gadis cilik yang mula menjual semenjak 3, 4 tahun dahulu masih lagi berseorangan menjualnya. Tapi malam ini tidak kelihatannya pula.
Antara menu pilihan kami hari ini ialah Ketiaw Goreng Telur Double, Capati Dalca dan Sadirn serta 10 cucuk Sate Ayam dan 5 cucuk Sate Perut. Mulanya hendak order Kari Daging dengan Capati, memandangkan sudah order Ayam dan Perut, tak jadi order Kari Daging.
Kesimpulan, makanan enak dengan harga berpatutan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment