Monday, December 28, 2009

Radix Oriental Cuisine, Sungai Petani



Radix Oriental Cuisine, Sungai Petani

Teruja dengan cerita Anjang pasai Radix Oriental Cuisine, di Sungai Petani. Maka petang tadi kami 3 beranak buat pertama kali melangkah masuk ke restoran masakan Cina milik HPA ini.

Kebetulan 2 hari ini saya dijemput present paper di seminar OSH di Swiss Garden Inn Sungai Petani. Radix Oriental Cuisine ini terletak di sebelah kanan persimpangan jalan menuju ke Swiss Garden Inn.

Oleh kerana seminar ini akan berakhir keesokan hari selepas makan tengahari yang disediakan secara buffet di hotel, kami mengambil keputusan keluar untuk makan malam di Radix Oriental Cuisine ini walaupun sememangnya makan malam telah tersedia secara buffet di hotel.

Kesimpulan yang dibuat. Berbaloi tidak makan di hotel. Kelazatan di Radix Oriental Cuisine ini hanya boleh diceritakan sendiri sesiapa yang menikmatinya. Harganya berpatutan. Apa yang penting ialah makanan menu Cina yang boleh dinikmati tanpa was-was dan disediakan dari bahan mentah yang sihat.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Menu pilihan kami secara pakej ialah:

Nasi Puteh
Ikan Siakap Goreng
Ayam Manggo
Prawn Butter
Sayur Campur
Teh Herba

Dengan tambahan:

Radix Kopi
Radix Cola Ais
Ais Kosong

















No comments: