Tuesday, March 23, 2010

Songkok Hitam vs Songkok Putih






Songkok Hitam vs Songkok Putih

Pagi tadi sebaik sahaja sampai kawasan pejabat, aku ke Medan Penjaja atau lebih dikenali dengan Hijau Kuning oleh pelajar. Ada juga pelajar yang mengelarnya 'Lego' sebab rekabentuknya macam kiub Lego!

Semasa beratur hendak membayar makanan yang diambil, aku terasa bahu ditepuk. Aku menoleh dan terlihat 'Cina Satu Company' geng se-company aku ini tersengih panjang.

"Lu ah! Bila sudah take over Aji punya tempat lagi susah mau jumpa!"

Bila terdengar perkataan Aji itu, aku tersenyum mengingatkan cerita "Aji Talak Potong Saka". Itulah paling akhir aku berjumpa dengannya.

"Lu sekalang sibuk main golf ka?"

"Mana ada maa..., batang golf pun aku talak pernah pegang!", seperti biasa lidah akupun sudah tergeliat.

"Itu hari Prophet punya parade pasai lu tak ada?". Tiba-tiba aku teringat cerita geng se-company ini cari Songkok Hitam dua tahun lepas.

Dia tersengih lagi sambil duduk di kerusi di hadapan gerai Nasi Lemak Ayam Goreng 1 Malaysia itu.

"Ini tahun tak ada order suruh masuk parade! Gua ingat pasai takut Non Muslim sebut Alah! Tapi ada olang beritahu gua, itu Petlonas punya Kolej memang sebab ada Non Muslim ikut parade sekali. Itu olang cakap lu juga jadi Judge!"

"Kalau Non Muslim ikut parade kena sebut Allah juga ka?", saja aku buat-buat tanya.

"Itu gua tak tahu tapi gua mau celita sama lu, gua punya apak, gua punya amak dan gua punya latuk dari dulu selalu sebut Alah, Alah juga. Dia olang cakap sama gua itu Alah Melayu punya tuhan. Itu Tok Pekong gua punya tuhan. Sebut saja maa... apasai talak boleh?".

Aku tersenyum sinis sambil menyuap Nasi Lemak Ayam Goreng 1 Malaysia. Cina satu company geng se-company aku membebel lagi. Sekali-sekala terdengar ayat-ayat "One Malaysia" dari mulutnya. Aku saja-saja buat tak dengar!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar di atas tak ada kena-mengena dengan posting ini. Saja nak tunjuk Songkok Hitam tempah khas untuk kepala aku bersaiz 23 3/4" dan Kopiah Putih 'Transformer' (kata anak jantan aku seorang itu) saiz 23 1/2" untuk aku dan 22 1/2" untuk anak jantan aku seorang itu. Memang satu sekepala aku anak-beranak.

2 comments:

speedrider said...

pada saya, Allah tetap untuk Islam kerana tanpanya, adakah akidah dan iktikad kita akan lebih tertumpu kepada Allah SWT?

Sesiapa yang pernah baca buku Kristian Indonesia yang menggunakan Allah, pasti bersetuju dengan saya.

Sedangkan manusia yang dah berusia, malahan ada yang bergelar Dr, prof dsb pun boleh 'tersesat', inikan pula anak-anak muda.

Wallahualam.

lukmanw@gmail.com said...

Salam Mus

Sbb tu aku diam shj bila geng satu company bagi pendapat dia, terutama isu Non Muslim tidak boleh menggunakan secara bertulis atau lisan (mengucapkan) 25 perkataan yang sinonim dengan agama Islam. Salah satunya ialah "mubaligh", sedangkan selama ini apabila disebut "mubaligh" orang akan kaitkan dengan "pendakwa Kristian". Di manakah "keseragaman" nya?

Lukmanw