Sunday, April 25, 2010

Bapa borek anak rintik


Bapa borek anak rintik

Pasti ramai yang menyangkakan dek pengelibatan aku dalam motorsport, banyak kelonggaran menggunakan kenderaan ber-engin ini aku berikan kepada anak jantan seorang aku itu. Sememangnya dari kecil lagi aku telah memperkenalkan aktiviti motorsport ini kepadanya tetapi kelonggaran itu sama sekali tidak.

Tahun ini umurnya sudah meningkat ke alam sekolah menengah. Hanya Disember tahun lepas aku membenarkannya sebenarnya lebih tepat mengajarnya cara-cara menunggang motosikal itupun dengan pelbagai syarat dikenakan. Pada masa yang sama anak jantan aku seorang itu masih belum dibenarkan membawa motosikal walaupun hanya bersiar-siar di kawasan perumahan!

Aku bukan sahaja mengajarnya cara-cara menunggang tetapi aku juga memperkenalkan teknologi engin kepadanya. Alhamdulillah setakat ini beliau memahami prinsip 4-stroke dan 2-stroke dan mengetahui dengan jelas mengenai chassis, internal combustion, carburetor, injection system dan exhaust system. Pada masa yang sama aku juga terapkan asas-asas menyenggara kenderaan ber-engin ini.

Sebenarnya aku dan orang rumah seorang aku itu pernah dikejutkan dengan hasratnya untk menjadi pelumba motosikal! Lebih-lebih lagi anak jantan aku seorang itu sering diceritakan oleh kenalan-kenalan lama aku bagaimana satu ketika dahulu aku juga pernah menceburi bidang ini. Sukar juga aku member jawapan di atas permintaan ini. Bagaimanapun rasanya aku Berjaya menyakinkannya bahawa pelumba motosikal di Malaysia ini masih belum lagi dianggap sebagai kerjaya.

Pagi tadi bersama-sama anak jantan aku seorang itu, kami membuat “housekeeping” di loteng rumah aku di Kamunting ini. Banyak khazanah zaman pertualangan aku dengan motosikal terutama di KL dahulu yang bakal diwariskan kepadanya. Fullface helmet, racing suit, glove dan racing boot yang masih tersimpan dengan elok, sentiasa ber-kiwi dan dikilatkan dengan rasminya bertukar tangan hari ini.

Bagaimanapun tepat seperti dikatakan orang-orang tuan dahulu; bapa borek anak rintik. Anak aku mewarisi “gen kaki besar” dari aku! Antara banyak khazanah-khazanah yang ada, racing boot Kushitani Hamamatsu tidak muat kakinya.

Paling akhir aku menyarung racing boot pada tahun 2001 apabila diperlawa oleh Shell untuk menguji petrol birunya itu di Litar F1 Sepang. Secara kebetulan Suzuki pula ketika itu baru memperkenalkan FXRnya dan menpelawa aku untuk mengujinya. Semenjak dari itu racing boot ini hanya tersimpan dalam kotak khas di loteng rumah aku.

Agak-agak apa yang hendak aku buat dengan Racing Boot Kushitani Hamatsu ini? Ada sesiapa yang hendak bertukar Casual Riding Boot yang saiznya paling besar untuk aku ataupun untuk anak jantan aku seorang itu?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




No comments: