Friday, April 23, 2010

Taare Zameen Par


Taare Zameen Par

Sebak sesebaknya! Pipi terasa panas dengan butiran air mata yang meleleh turun.

Aku baru sahaja selesai menonton filem Taare Zameen Par di Channel Astro 108 Zee.

Setelah disyorkan oleh seorang kenalan dalam blognya, puas sebelum ini aku melilau di kedai-kedai VCD mencari filem ini. Tanpa disangka hari ini Astro menayangkannya. Walaupun terlepas menyaksikan 30 minit awal, aku berpuas hati dapat menontonnya hari ini. Sementelah kebiasaannya pada waktu ini ialah masa perjalanan aku sama ada ke Miri ataupun ke KL.

Kepada yang ingin mengerti dunia kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini, inilah filem yang patut anda tonton.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

4 comments:

anjang said...

sifu aku pun kena tengok cite ni

lukmanw@gmail.com said...

Anjang

Cite ni patut direkomenkan kpd semua cikgu terutama cikgu sekolah rendah.

Lukmanw

Anonymous said...

Ya, cerita ni sangat mengesankan, sampai meleleh airmata. Bagus untuk semua cikgu and parent also.

lukmanw@gmail.com said...

Ya, lupa nak sebut - sesuai sekali utk parent bukan shj yg tak pernah ada anak OKU tapi semua parent terutama yg terlalu menaruh harapan tinggi sehingga luar keupayaan kanak-kanak sama ada dlm pelajaran atau kemahiran lain.

Wsl

Lukman