Wednesday, April 07, 2010

Kita yang menentukannya



Kita yang menentukannya

Waktu makan tengahari tadi aku buat "housekeeping" filing system dalam external harddisk aku. Amalan 5S yang pertama iaitu SEIRI (sorting - keep only essential items) sepatutnya sekerap yang mesti aku amalkan. Tak lah sampai berpuluh thumb drives aku ada termasuk 2 external harddisk!

Semasa mendelete gambar-gambar yang ehem-ehem "tidak sepatutnya disimpan", aku terjumpa beberapa gambar ketika anak jantan seorang aku itu berumur sekitar 2-3 tahun.

Semenjak dari kecil lagi, malah semasa dalam kandungan ibunya lagi, aku sentiasa membawanya ke mana sahaja pengelibatan aku dengan motorsport. termasuk ke Thailand. Cuma luar dari Thailand sahaja agar sukar untuk membawa anak dan isteri. Kelahirannya pada usia kurang dari 7 bulan, ke muka bumi ini juga pada sehari selepas kami kembali dari suatu rally di Chuping.

Mungkin disebabkan itu, minatnya terhadap kenderaan berenjin dan arena motorsport begitu ketara sekali.

Harap-harap dia tidak menyalahgunakan minat tersebut ke jalan yang tidak sepatutnya.

Kita yang menentukannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




Bersama Dr Zaini Shaarani bekas rakan sekerja dan juga rakyat Malaysia pertama menyertai 4x4 Camel Trophy. Di belakangnya ialah LR Defender 90 Work Horse beliau


No comments: