Saturday, April 03, 2010

Pelbagai pilihan bijiran sarapan



Pelbagai pilihan bijiran sarapan

Bermula Jun tahun lepas sebulan sekali dan mulai tahun ini setiap dua minggu sekali aku akan bersarapan sama ada 2 atau 3 hari di Hotel Mega, Miri ini. Mulanya enak juga bersarapan dengan dengan Hirisan Daging, Kentang Bakar, Telur Setengah Masak dan Roti Bakar serta Porridge. Manakala Nasi Goreng dan Mee serta Ketiaw Goreng tidak serasi dengan citarasa aku. Sebulan dua ini aku mula jemu dengan sarapannya yang sama setiap kali aku menginap di sini. Ada juga hajat bertukar hotel seperti seorang rakan sejawat aku yang mengiliri hampir semua hotel-hotel di Miri ini.

Mulai 2 bulan lepas aku hanya menjamah bijiran creal sebagai sarapan. Sesuatu yang tidak pernah aku buat jika menginap di hotel-hotel di Semenanjung. Tetapi di Hotel Mega ini tambahan raisin atau anggur kering (kismis?) itu begitu mengoda!

Sebelum inipun kerap juga aku membeli creal yang ada campuran pelbagai ramuan termasuk hirisan pisang kering. Dahulu ada seorang pensyarah USM yang juga pernah bekerja bersama aku di kilang tayar di Taiping sebelum ini membuat jualan dari rumah produk creal sebegini. Entah mengapa pensyarah yang turut mempunyai gerai makanan segera francais di Tesco Taiping ini sudah tidak lagi menjualnya. Bagaimanapun dii pasarayapun sudah ada produk yang hampir sama.

Sebenarnya di bilik pejabat aku di Sintok sentiasa tersedia bekalan oat dan susu. (Aku membeli sendiri sebuah mini fridge untuk bilik pejabat). Dan sentiasa ada dalam stok ialah kurma, kismis dan pisang (biasanya Pisang Berangan). Inilah "Brunch" (Breakfast + Lunch) yang kadang-kadang turut menjadi "Brunchnner" (Breakfast + Lunch + Dinner). Jimat dan sihat :-)

Macam kata seorang rakan semasa di Celestica, Kulim Hi-Tech dulu.

"Memang sipppppp........."

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

4 comments:

Cikgooden said...

setahu aku brunch ja...bro...ni dah ke brunchner....lajak dah tu..heheheh.

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Kalau sorang-sorang dok dlm ofis dari pagi sampai ke mlm jadi mcm tu le....

Hang kat mana ni?

Minggu depan 10 & 11 April aku ada kat Bangi?

Lukmanw

xplorer said...

ada 2 org classmate saya pernah keje kat celestica . Ahmad izani n rosnah , izani dah berenti tapi rosnah saya tak pasti . abg kenal ke?

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Ahmad Izani ni sound very familiar. Rosnah pula rasanya lebih dari 5 org.

Once time female staff ada 4K from total of 5K staff!

Lukmanw