Friday, April 02, 2010

Tersadai di KLIA



Tersadai di KLIA

Kapalterbang MAS dari KLIA ke Miri sepatutnya berlepas jam 8.10 malam tadi. Delay dengan waktu berlepas baru dijangka pukul 10.50 malam.

Semua penumpang dijemput mengambil Voucher Makanan dan boleh ditunaikan di mana-mana "food outlet" yang ada dalam terminal. Tak seperti di Penang dan Alor Setar Airport yang hanya boleh dituntut di cafeteria dengan pakej tanpa pilihan sama ada Nasi Goreng atau Mee Goreng dan sebotol Air Mineral.

Di Airport Penang petang tadi aku terjumpa kenalan lama yang baru balik dari Bangkok Motorshow. Dia ini kenalan aku semasa di kilang tayar Kamunting dahulu dan masih bekerja di kilang yang sama sekarang ini. Dahulu sebagai mekanik sekarang tak pasti sama ada sudah jadi foremen ataupun belum. Khabarnya tahun ini semua pekerja di kilang tayar itu dapat bonus 3 bulan! Patutlah boleh melancong sampai luar negara! Bagaimanapun kenalan aku ini memang kaki motor. Semasa dulupun rajin ikut aku pergi menunggang hujung minggu dengan Honda NSRnya.

Dalam kapalterbang dari Penang ke KLIA, Mat Salleh couple duduk bersebelahan aku punyalah seronok bercerita pasai Bangkok Motor Show dan mereka juga hanya singgah semalam di Penang sebelum ke KL untuk menyaksikan F1 pula.

Mat Salleh lelaki, kalau Mat tentulah lelaki ini heran apabila diketahui aku pergi KL bukan nak tengok F1. Aku cuma senyum saja bila dia tanya mengapa.

Sesampai di KLIA aku terserempak dengan seorang pegawai perlumbaan F1 (Steward) dari Penang. Dia nak balik Penang. Rupa-rupanya hotel di sekeliling KLIA full house dan yang adapun harganya lebih mahal kalau dibandingkan dia balik Penang malam ini dan datang semula ke KLIA esok.

Pada masa yang sama terserempak punyalah ramai professor-professor madya dari tempat kerja aku. Mereka ini hendak balik ke Alor Setar setelah menghadiri majlis bersama Pee Emm semalam.

Aku dapat call dari student nak fetch aku di Miri Airport. Seperti biasa aku jawab tak perlu sebab akan sampai lewat.

Mungkin masin atau terlebih masin mulut aku, terdengar pengumuman flight delay! Lain kali jangan sebut apa-apa.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: