Thursday, April 08, 2010

Maklong Huduh nak pergi Litar Sepang

Gambar hiasan dari internet

Maklong Huduh nak pergi Litar Sepang

"Maklong nak pergi juga!"

"Man tak pergi race moto Maklong! Minggu ni Man pergi Miri."

"Mu jangan baghong Maklong Man! Maklong tahu mu malu nak bawa Maklong."

"Tak malu ah! Man tak baghong Maklong. Minggu ni Man pergi Miri. Lagipun minggu ni bukan race moto Maklong, minggu ni race keta!"

"Bila lak race moto?"

"Kalau kat Sepang tu bulan 10 Maklong. Kalau race moto kecik ni tiap-tiap bulan pun!"

"Moto kecik Maklong tak mau la. Moto Kak Mek mu dah kematu punggung Maklong dok kerabat. Maklong teringin nak naik moto besa macam moto mu dulu. Pasai apa la ni mu tak ada moto besar Man?"

"Moto besar mahai sangat Maklong! Mana Man ada duit nak beli."

"Itu le dulu mu elok-elok manager kilang, mu berenti kerja gomen pula!"

"Tak apalah Maklong. Rezeki kat mana-mana pun ada."

"Bulan 10 nanti mu jangan kaleh cita lain pula. Mesti bawa Maklong tengok race moto tau!"

"Kalau setakat nak tengok race moto baik tengok dalam tv saja Maklong!"

"Sebenarnya Maklong nak pergi dekat dengan moto besar tu. Pakngah Tahir kata kerja mu boleh gi sampai dekat moto besar tu!"

"Maklong kalau pergi dekat sampai moto besar tu Maklong kena jadi Umbrella Girl!"

"Ambrela Ge kerja macam mana Man? Teringin juga Maklong"

"Ala yang bawa payung pakai baju dalam dan seluar dalam saja tu!"

"Haram jadah mu Man! Nak ambik payung Maklong ni"

Kedetum! Payung melayang terbang ke dinding pintu Sipi-sipi kena aku.

Aku mengosok mata. Mana pula Maklong Huduh aku ni? Allah! Aku bermimpi rupanya. Aku masih keseorangan dalam rumah Felo di Sintok ini.

Nasib baik payung yang disangkut belakang pintu rumah Felo itu jatuh. Kalau tidak tentu aku boleh tengok Maklong jadi Umbrella Girl dalam mimpi aku!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

6 comments:

Syahazli said...

Wujud ka Maklong Huduh tu??.......

lukmanw@gmail.com said...

Syahazli

Slmt singgah blog OKOB ni.

Kalau datang atau pergi Batu Kurau, tanya saja Maklong Huduh baik orang tua atau budak kecil pasti mengenalinya :-)

Cikgooden said...

hahahha......maklong huduh dah masuk dalan fiksyen mung man ....jgn bebahong dah ngan dia...

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Fiksyen dgn mimpi tu 2 benda berbeza. :-)

Mak pak mu kenai Maklong Huduh ni!

Lukman

ASH said...

Mu ni ada ader jer...
Maklong mu jadi bahan penulisan sokmo..

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Tu teringat masa dok Tukuro dulu :-)

Lukmanw