Janganlah buat dengan terkejut!
Bagus juga idea Hari Rabu adalah Hari "Tali Leher Alma Mater" di tempat kerja aku ini. Bolehlah berjumpa dengan geng alumni yang sama walaupun idea asal ialah untuk menunjukkan kepelbagaian sumber yang ada di sini.
Sebenarnya itu bukan tujuan sebenar posting kali ini. Bulan lepas aku singgah Koperasi USM Pulau Pinang sebelum ke airport semata-mata untuk membeli tali leher USM yang tak pernah aku miliki sebelum ini.
Selepas membayar harga tali leher, gadis kaunter di jualan menyuakan aku Beg Kertas Kitar Semula. Pada masa yang sama aku terpandang poster menyatakan Koperasi USM mengamalkan jualan tanpa beg plastik.
Di tempat kerja akupun memang ada perdekatan sebegini tetapi malangnya ianya "panas tidak sampai ke petang" sebabnya tiada alternatif terhadap beg plastik ini.
Sebenarnya aku memang menyokong kempen sebegini tetapi mestilah ada alternatifnya. Bulan lepas aku ke Klinik Kesihatan Taiping mengambil ubat untuk ayah. Mulanya aku berasa bangga membacakan suatu kenyataan menyatakan Klinik Kesihatan Taiping mengamalkan perdekatan pengeluaran ubat tanpa beg plastik. Tetapi baru aku perasan bulan sebelumnya aku datang tiadapun kenyataan sebegini. Tiba-tiba bulan lepas datang sudah dilaksanakan perdekatan ini.
Apatah lagi tiada pula alternatif sama ada disediakan beg kertas kitar semula ataupun disediakan juga beg plastik tetapi dengan bayaran tertentu.
Kalau hendak buat perdekatan apapun biarlah secara berperingkat. Janganlah buat dengan terkejut! Hukumpun ada berperingkat.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
3 comments:
saya setuju dengan abang Man.
Pernah sekali saya terkantoi di supermarket ketika beli telur dan susu pekat tin (banyak tin).
Nak angkat dengan apa pergi kereta!
Mus
Hang pernah tengok Akrobatik Cina tak? Depa boleh susun barang (dalam kes kau telur dan tin susu) atas kepala, bahu, badan dan peha tapi kena praktik le!
Amacam exam?
Lukman
saya tengah tulis komen ni pada pukul 1.05 pagi di tempat kerja.
Exam, ke laut la nampak gayanya.. buku tak pegang pun
Post a Comment