Capati, Susu Kambing & Lempeng Syafiq Taman Mewah
Kamunting
Hari ini kami sekeluarga ke Gerai Capati Syafiq Taman Mewah
Kamunting semata-mata tergoda dengan posting Mempelam Telur dalam wall FB nya.
(Dua benda yang saya tak boleh elak kalau orang tag iaitu
(i) buku dan (ii) makanan!)
Sementelah berkunjung ke gerainya, sudah tentu tidak
melepaskan peluang untuk berjamu selera dengan Capati dan Susu Kambing.
Di samping menu biasa pilihan kami iaitu Capati Biasa dan
Susu Kambing Segar, hari ini kamu mencuba juga Capati Telur dan Lempeng Gula
Hangus.
Mungkin kerana sudah biasa dengan Capati, kami merasakan
Lempeng Gula Hangus adalah “Menu of the Day” hari ini. Memang terbaik rasanya Lempeng
Gula Hangus ini.
Apapun seperti dipesan oleh Syafiq, anak muda yang
mengusahakan gerai ini dengan ayahnya (yang pernah bekerja dengan saya di
kilang tayar), pastikan Capati atau Lempeng ini dimakan sebaik sahaja ia
dihidang (dimasak). Dalam erti-kata lain kalau beli bungkus sudah berkurang
kesedapannya.
Selepas ini nak test-try-cuba menu-menu lain pula.
Kami meninggalkan Gerai Capati Syafiq Taman Mewah Kamunting
dengan bawa balik 6 botol Susu Kambing Segar dan 3 kilo Mempelam Telur.
Jenuh mencicah, menjeruk dan menyambal selepas ini.
No comments:
Post a Comment