Thursday, April 02, 2015

Mee Rebus Tulang Taiping di Aulong










Mee Rebus Tulang Taiping di Aulong

Sudah beberapa kali terbaca posting mengenai Mee Rebus Tulang Taiping di Aulong ini tetapi tidak berkesempatan untuk mencubanya.

Ajakan seorang rakan petang tadi, tidak dapat tidak saya menolaknya walaupun masih kekenyangan makan tengahari Nasi Puteh dengan Kari Sembilang Matang, yang juga dibelanja oleh rakan yang lain.

Kalau dari Taiping, kedudukan Lori Mee Rebus Tulang Taiping ini di sebelah kanan jalan, selepas traffic light Petronas Aulong di jalan menghala ke Giant.

Ada khemah dengan beberapa buah meja di bawah pokok besar yang meredupkan kawasan ini.

Setibanya kami di sini, tiga meja buah sudah berpelanggan sedang menikmati menu pilihan masing-masing.

Sudah tentu kami memilih Mee Rebus Tulang!

Kuahnya memang pekat terasa lemak tulang. Cuma isi daging pada tulang tidak semewah yang saya harapkan. Mungkin berpatutan dengan harga yang dijual.

Condiment juga tidak banyak tetapi memandailah untuk melengkapi set Mee Rebus Tulang Taiping ini.

Untuk beli bawa pulang, saya membeli Mee Kicap Ayam yang juga tidak mengecewakan selera isteri saya. Sememangnya kalau saya pertama kali mencuba sesuatu makanan itu tanpa keluarga, in sya Allah saya akan membelinya untuk membawa pulang.

Menjadi amalan saya, kalau ada yang belanja, saya akan membelinya setelah kawan yang membelanja ini selesai membayar makanan yang telah dimakan.

Terdapat juga pelbagai menu lain disediakan di sini. Teruja juga hendak mencuba Nasi Ganja Ayam khas hari Jumaat itu. In sya Allah di masa terdekat ini.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

2 comments:

speedrider said...

Alamak taktau pulak Aulong tu kat mana.

Ni kalau dari restoran Asam Pedas tu, straight nak ke Tesco taiping ke Bang Man?

lukmanw@gmail.com said...

Ya betul.

Sampai simpang trafic light flyover keretapi, belok kanan.

Jumpa Petronas, terus dan perlahankan kenderaan. Lihat kanan