Ziarah dan menyampaikan sumbangan
Alhamdulillah, sebentar tadi 10am – 11am, Sabtu 11 April
2015, majlis penyerahan barangan sumbangan orang ramai kepada 4 buah rumah amal
kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) telah selamat disempurnakan. Turut
diadakan amalan ziarah oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh, Kampung
Perwira, Kamunting ke dua buah rumah warga emas di Ekspo, Kamunting.
Bermula dengan penyampaian Baju Melayu, Kain Palekat dan
Pagoda kepada penghuni Rumah Warna Emas Aminur Air, Ekspo Kamunting. Sumbangan orang
ramai ini disampaikan oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.
Kemudian penyampaian Tshirt Muslimah, Tudung dan Kain Batik kepada
penghuni Rumah Warga Emas Nur Aaida, Ekspo Kamunting. Sumbangan orang ramai ini
disampaikan oleh anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.
Majlis sumbangan berakhir dengan penyampaian dua helai
Jubah, Serban, Kain Pelekat dan Rehal anak-anak Yatim Asrama Tafiz Nur Qaseh.
Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain berupa
dua helai Tshirt Muslimah, Seluar dan Tudung akan disampaikan kemuduan kerana
anak-anak ini terlibat dengan kem Jati Diri di Selama pada 10 – 12 April 2015.
Majlis hari ini turut disertai ahli-ahli Whatapp Group Kasih
Sekampit Beras Taiping, yang menyumbangan makan pagi, puding, minuman, gula dan
beras.
Hanya Dia sahaja yang
mampu membalas sumbangan tuan/puan ini. Semoga diberkati amalan tuan/puan,
dimurahkan rezeki, diperlihara kesihatan & keselamatan serta
dipermudahkan-Nya segala urusan tuan/puan. Amin. In sya Allah, inilah doa kami
dan doa penerima-penerima sumbangan ini
Jika ada tuan/puan yang
berhajat untuk menyumbangkan/menaja makan tengahari atau makan malam untuk
golongan terpilih ini, sila hubungi Komuniti Amal Taiping (KaT) atau
sms/whatsup 0195582626 Lukman Wan Mat Daud. Jumlah sumbangan tidak ditetapkan.
Tuan/puan juga
dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah
kebajikan ini.
(i) Pn Ain, Kediaman
Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Nur
Aaida Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah
Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021
(iv) En Roslan, Asrama
Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322
*Komuniti Amal Taiping
(KaT) adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili
dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
No comments:
Post a Comment