Sahur & Iftar Bersama Anak Yatim, Tafiz & Warga Emas
Alhamdulillah, inilah rezeki yang dikongsi bersama 4 buah
rumah amal di Kamunting/Bagan Serai semalam Khamis 23 April 2015. Menu Nasi
Puteh, Keli Sambal, Gulai Udang, Sayur Campur dan Tembikai ini sumbangan
seorang Hamba Allah.
Program berkongsi rezeki
kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) ini adalah sehari dalam seminggu.
Alhamdulillah KaT berjaya mendapatkan sumbangan orang ramai bermula dari awal
tahun 2015 ini untuk menjayakan program ini. In sya Allah program ini akan
berterusan hingga ke bulan Ramadhan di mana seperti di tahun-tahun sebelum ini
KaT akan mengelolakan pula Program berkongsi Rezeki Iftar & Bersahur
Sebulan Bulan Ramadhan.
Komuniti Amal Taiping (KaT) akan
melancarkan Program berkongsi Rezeki Iftar & Bersahur Sebulan Bulan
Ramadhan dengan empat (4) buah Rumah Anak Yatim, Tafiz dan Warga Emas. Makluman
penuh akan diumumkan 1 Mei 2015 nanti. Alhamdulillah sudah ada tempahan awal
untuk beberapa hari Ramadhan oleh penyumbang yang sama tahun lepas. In sya
Allah, bersama-samalah kita menyambut Ramadhan tahun ini dengan beramal
seberapa mampu yang boleh.
Jika ada tuan/puan yang berhajat untuk menyumbangkan/menaja makan tengahari atau makan malam atau untuk
turut serta dalam program iftar/sahur nanti untuk golongan
terpilih ini, sila hubungi Komuniti Amal Taiping (KaT) atau sms/whatsup 0195582626
Lukman Wan Mat Daud.
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 (15
paxs)
(ii) Pn Rozi, Rumah Nur Aaida Ekspo Kamunting 019-578
7650 (25 paxs)
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021 (15 paxs)
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting
012-543 0322 (25 paxs)
Jumlah paxs termasuk pertugas.
*Komuniti Amal Taiping (KaT) adalah gabungan individu
sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan
mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
No comments:
Post a Comment