Kari Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang
Selain dari Mee Udang Banjir, Matang juga terkenal dengan
Kari Sembilang. Ada banyak kedai yang menjual Kari Sembilan dan Sembilang menu
masak lain di Matang ini.
Se cara jujur saya mengakui saya bukan pengemar Kari
Sembilang tetapi ajakan seorang rakan untuk makan tengahari dengan Kari
Sembilang hari ini tidak dapat saya tolak.
Rakan saya membawa saya ke Kedai Kopi Kari Sembilang Matang,
berhadapan Pasar Matang. Katanya kedai ini bukanlah kedai yang terhebat rasa
Kari Sembilangnya di Matang tetapi harganya yang amat berpatutan itu
menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai.
Di sini Ikan Sembilang adalah menu utama yang kadang-kadang
ada juga menu ikan lain bergantung kepada hasil tangkapan. Ikan Sembilang menu sediaaan
utamanya adalah kari. Ada juga menu lain yang disedaikan mengikut pesanan
pelanggan seperti Asam Pedas ataupun Goreng Garing.
Ada menu yang telah tersedia untuk mereka yang mengejar masa
tidak mahu menunggu.
Bagaimanapun ramai pelanggan yang biasa di kedai ini memilih
menu dimasak. Untuk menjimatkan masa menunggu, pelanggan boleh menelefon
membuat tempahan.
Walaupun tidak mengemari kari, saya boleh membezakan antara
kari yang dibubuh santan atau tidak. Kari Sembilang di sini dimasak tanpa
tambahan santan. Kuahnya pekat kemerahan.
Untuk benar-benar menikmati kelazatan Kari Sembilang Segar
Matang ini, makanlah hanya dengan Nasi Puteh tanpa tambahan lauk lain ataupun
sayur. Mungkin sampingan Sambal Belacan
dan Timun penambah selera.
In sya Allah selepas ini saya akan berkunjung lagi di sini
untuk merasa pula menu pilihan saya iaitu Sembilang Goreng Garing yang kecil
saiznya.
Panduan ke sini mudah sahaja. Selepas flyover PLUS dan Muzium
Matang (di selekoh) akan terjumpa persimpangan di sebelah kiri menuju ke
Matang. Belok kiri mengikut simpang ini dan akan terjumpa Pasar Matang. Kedai Kari
Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang. Di Pasar Matang ini juga boleg
dibeli Ikan Sembilang dan lain-lain hasil tangkapan laut. Kalau hujung minggu,
pasar ini kerap dikunjungi pelanggan sejauh dari Ipoh.
No comments:
Post a Comment