Ziarah dan Amal anak-anak yatim Kediaman Cahaya Ain,
Bagan Serai
In sya Allah Komuniti Amal Taiping (Kat) akan mengelolakan
Program Ziarah dan Amal anak-anak yatim Kediaman Cahaya Ain (KCA), Bagan Serai
pada Ahad 3 Mei 2015.
Aturcara seperti berikut.
9.30am – Anak-anak KCA bersarapan di Warung Zul Roti
Canai, Kamunting Jaya.
10.00am – Lawatan dan penyerahan sumbangan oleh anak-anak
KCA kepada penghuni Rumah Warga Emas (Lelaki) Aminur Ain, Ekspo
10.30am - Lawatan dan penyerahan sumbangan oleh anak-anak
KCA kepada penghuni Rumah Warga Emas (Perempuan)Nurul Aaida, Ekspo
11.00am – Bersiar-siar di Lake Garden Taiping
12.30pm - Anak-anak KCA makan tengahari di Gerai Mom’s
Prison Corner, Taiping.
1.00pm – Penyerahan sumbangan disampaikan oleh KaT kepada
anak-anak KCA
3.00pm – Jamuan petang di Cyber Cafe, Bangunan Kolej
Komuniti Kamunting
Jika tuan/puan ingin meraikan anak-anak ini, dipelawa
menyumbangkan goodies (beg kertas/plastik kecil berisi Cup Cake, Kit-Kat, Air
Minuman, Buah dll) atau Kek Hari Jadi, bolehlah menyerahkan terus kepada
kontingen KCA berjumlah 15 orang ini samada di Warung Zul Roti Canai, Kamunting
Jaya (9.30am) atau di Gerai Mom’s Prison Corner, Taiping (12.30pm).
Untuk keterangan lanjut, hubungi penyelaras KaT, Lukman
Bin Wan Mat Daud 0195582626 Whatsapp
No comments:
Post a Comment