Mula-mula dia dapat ”Black Belt” warna Puteh, betulkah cakap aku? Adakah ”Black Belt” warna Puteh? Tali Pinggang Puteh sebenarnya siapa daftar sahaja di kelas Takwendo Sir Rusli Askar Pencen di Kamunting depan BSN sebelah Restoran A Rahman 24 jam itu, akan dapat. Puteh itu kira tali pinggang asaslah.
Masa ujian hendak naik Tali Pinggang Kuning tahun lepas, aku tak ada sebab bawa Geng 4x4 Jabatan Kesihatan masuk Hutan Belum tiga malam, empat hari.
Jadi malam semalam dia hendak naik Tali Pinggang Hijau, aku sanggup balik dari Sintuk.
Aku bagi anak jantan aku seorang tu masuk takwendo bukan supaya dia boleh pukul orang lain. Itupun dia ada niat macam itu.
Aku nak dia ”berpeluh” banyak sikit. Kalau setakat main bola peringkat sekolah itu masih belum dapat bakar lemak dia yang sudah mula mewarisi ”baka” saiz badan aku laki bini.
Selain dari belajar takwendo, anak jantan aku seorang itu juga belajar ”ilmu angkat tangan” dan ”ilmu angkat kaki” dari aku. Jangan main-main, aku ada belajar dua-dua ilmu ini. Ilmu Angkat Kaki ialah ilmu melarikan diri. Manakala Ilmu Angkat Tangan boleh rujuk blog aku satu lagi (http://oshthejourney.blogspot.com/).
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Caption photo;
Photo no. 4 itu anak jantan aku seorang. Lepas ini tali pinggang dia warna hijau dan untuk ujian ini saja aku kena keluar 3 keping duit warna merah. Tali pinggang harga lain pula!

No comments:
Post a Comment