Sunday, February 01, 2009

Mee Udang Maxis Matang



Mee Udang Maxis Matang

Kalau tengok pada signboard Mee Udang Banjir Mak Teh itu ada tertera nombor 012. Macam restoran mamak yang mesti ada no. 786. Sebab apa ada no. 012 ini?

Rasa-rasa aku signboard itu baru setahun-dua ini yang ada sebab 5, 6 tahun dahulu tak ada signboard ini. (Maknanya sudah lama aku tak makan Mee Udang ni!)

Semasa aku kerja di kilang tayar di Kamunting itu, di sinilah tempat kami “minum petang”. Tak mainlah perkena Teh Apek Curut di kantin! Biasanya sekereta. Kadang-kadang dengan van kilang. Kadang-kadang 4x4 kilang. Save sikit minyak. Tak nampak sangat keluar makan angin! Ini sudah kes salah-guna kereta company! Tak! Kami pergi selepas ada hal dengan gomen ataupun yang sewaktu dengannya.

Biasanya kami pergi dengan rombongan muhibah! Aku dari Safety. Manjoi dari HR. Izaham dari Technical. Suhaimi dari IE. Kamal dan Din dari A&P. Nadzri dari Production. Betu-betul muhibah! Dari pelbagai section,. Kadang-kadang boss Jamil Hashim dan assistant dia Pak Hashim pun ikut. Kalau boss ikut kami makan freelah! Second boss, Rahim Jasmin payah sikit sebab dia hygenic - banyak sangat lalat katanya.

(Hampir kesemua nama-nama di atas sudah menjadi sejarah di kilang tayar ini)

Kalau member luar datangpun kami angkut makan sini. Hari itu Tuan Wan Zaidi Bomba Putrajaya datang. Kadang-kadang pegawai dari gomen-gomen yang berkaitan

Tapi masa itu kami panggil Warung Mak Teh ini Warung Mee Udang Maxis Matang. Tak pernah dengarpun dari Mak Teh atau orang-orang kampong situ panggil Mee Udang Banjir.

Kami panggil Warung Mee Udang Maxis sebab landmark dia Pencawang Maxis. Kalau datang siang bolehlah nampak warung ini. Kalau datang malam cuma berpandukan lampu dari pencawang sahaja. Masa itu cuma ada meja bawah rumah. Tak macam sekarang (dalam Majalah 3 semalam) siap ada meja luar.

Tiga, empat tahun lepas ada aku terima email group pasai geng Telekom KL datang makan Mee Udang kat sini. Email yang dihantar itu banyak gambar-gambar menarik. Masa itupun tak terdengar nama Mee Udang Banjir itu. Akupun pernah menulis pasai warung ini di beberapa forum di internet, Siap dengan peta. Tapi entah ke mana aku save peta asal itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Klik sini untuk posting berkaitan dalam English dan gambar-gambar menarik.

No comments: