Tekanan semasa dulu
Patutlah minggu lepas aku tersedak-sedak. Rupanya nama aku disebut berulang-kali dalam dalam satu blog itu. Blogger ini sebenarnya adalah rakan sekerja kilang dahulu. Malah pernah duduk serumah dengan aku semasa zaman bujang dahulu.
Kami berkongsi minat yang sama itu bermotosikal. Cuma aku “advanced” sikit dengan melibatkan diri sebagai “race official” dalam sukan motorsport sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah aku juga pernah mengajaknya bersama-sama dalam beberapa acara yang aku anjurkan dan kendalikan, antaranya ialah acara antarabangsa Classic Car Rally London Sydney Marathon 2000 dan Tarmac Rally.
Dia juga menyebut tentang SMART ACT iaitu Silverstone Motoring Adventure Recreation Team Activities yang pernah aku asaskan. Dengan SMART ACT ini banyak aktiviti motorsport, adventure dan recreation yang aku anjurkan saban tahun sepanjang 15 tahun aku di Silverstone.
Antara aktiviti rekreasi yang aku sering anjurkan ialah mengunjungi pulau-pulau, pesisiran pantai (coast-to-coast), mendaki gunung dan bukit. Oleh kerana pekerja lelaki sering sukar mendapat cuti, ada aktiviti-aktiviti itu hanyalah aku seorang (atau seorang dua lagi) yang lelaki manakala bakinya berbelas-belas lagi adalah pekerja perempuan! Mujurlah ketika itu aku masih bujang trang-tang-tang lagi! Kalau sudah berkahwin mau kena bersoal-jawab dengan isteri aku seorang itu!
Selain dari bilangan lelaki yang amat-amat kurang dalam aktiviti-aktiviti rekreasi aku, bilangan bangsa pula majoritinya kaum Cina! Bila aku tanya sebab apa dia orang ini minat menyertai aktiviti-aktiviti yang aku anjurkan. Jawab mereka ringkas saja; aktiviti aku yang anjurkan semuanya “proven record and money worth”. Ini bukan aku cakap! Dia orang yang cakap.
Sebenarnya aku sentiasa berpegang dengan prinsip “Expect the best. Prepare for the worst” walaupun sekecil manapun aktiviti tersebut. Biasanya aktiviti aku lengkap dengan persediaan dan perancangan seawal mungkin dengan “safety plan”, perasmian dan taklimat, jadual dan backup plan. Pernah terjadi semasa di Pulau Kapas, Terengganu cuaca berubah tiba-tiba dengan ombak cukup ganas, kami bertukar rancangan melawat Kota Bahru dan Rantau Panjang!

Antara pulau dan gunung yang pernah kami jelajah ialah Pulau Kapas, Tioman, Perhentian, Pangkor, Gunung Inas, Hijau, Korbu dan Tahan.
Kini aku akan menganjurkannya pula dengan pelajar-pelajar "undergraduate" di bawah selian aku.
No comments:
Post a Comment