... menunggu pengumuman Pak Lah atau PM2B Najib
Jumaat depan aku akan melalui Tol Jitra, Tol Hutan Kampung, Tol Sungai Dua, Tol Juru, Tol Taiping Utara (singgah angkut isteri dan anak jantan seorang aku itu), kemudian menyambung perjalanan menempuh Tol Jelapang. Sambung di Tol Jalan Duta. Untuk ke kelas di Bangi pula berjumpa pula Tol Sungai Besi sebelum keluar Tol Kajang. Savelah sekupang-dua lari dari Tol Bangi.
Jumaat dua minggu lagi begitu juga. Jumaat empat minggu, enam minggu dan seterusnya begitu juga.
Kalau mengikut apa yang dilaporkan di media, perjalanan kami sekeluarga pada hari Jumaat depan akan mengikur kadar baru tol ini.
Bagaimanapun aku masih menunggu pengumuman dari Pak Lah ataupun PM2B Najib yang akan memaklumkan bahawa atas dasar keprihatinan kerajaan dan setelah dipertimbangkan kabinet, kenaikan tol ini akan ditangguhkan. Penangguhan ini pula tidak ada kena mengena dengan Bukit Gantang, Bukit Selambau ataupun Batang Ai. Langsung tidak ada perkaitan dengan Bukit Lanjan.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment