Wednesday, February 04, 2009

Hari ini aku telah disahkan sebagai PASS!

Hari ini aku telah disahkan sebagai PASS!

Nine-Water-Two-Lima-Uniform-Kilo (9W2LUK)

Di tengah-tengah keributan berita Adun Perak dibubarkan petang tadi, aku menerima telefon dari sdr. Fakhrul* yang memaklumkan result exam radio amatur pada bulan Disember 2008 dulu telah keluar dan boleh dirujuk dalam website MCMC.

Jenuh jugalah aku nak masuk dan login dalam website ini. Maklumlah aku di rumah (Taiping) yang menggunakan dial-up. Sudah tentu “keributan” politik semasa memperlahankan talian dial-up ini.

Akhirnya berjaya juga download file pdf result exam. Dengan hati berdebar-debar (sebab sekalipun tak pernah pergi kelas hanya mengulangkaji berseorangan dan menjawab soalan-soalan tahun lepas) aku scroll down satu persatu nama-nama mereka yang menduduki peperiksaan yang dijalankan serentak seluruh Malaysia yang kesemuanya berjumlah lebih 2,000 orang ini.

Sebenarnya sudah lama aku ingin menduduki peperiksaan radio amatur ini yang akan membolehkan aku menjadi seorang hamradio. Semenjak bergiat dengan aktiviti offroad 4x4 pada penghujung 80an, aku sudah mula didedahkan dengan penggunaan dan kelebihan penggunaan radio amatur ini.

Melihatkan beberapa kejadian dan kecemasan di dalam hutan dan kawasan yang tiada liputan talian tetapi masih dapat berhubungan dengan dunia luar melalui radio amatur, meningkatkan keinginan aku untuk menjadi seorang hamradio.

Keinginan ini memuncak apabila aku mengajar subjek ”Emergency Response Program – ERP” bermula awal 2000 yang mana elemen penggunaan radio amatur adalah suatu kemestian dalam menangani kecemasan atau bencana.

Tahun lepas aku berkenalan dengan sdr. Fakrul yang juga seorang pensyarah dari UUM. Dialah yang bertanggungjawab dan memungkinkan aku menduduki exam radio amatur. Dalam kesibukan berulang-alik, aku menghantar secara serahan tangan borang permohonan menduduki exam pada hari terakhir tarikh tutup di pejabat SKMM (MCMC) di Butterworth (sekali makan Gulai Bawai Flet Sri Bagan) selepas kelam-kabut paginya mengisi borang dan membeli Wang Pos bayaran peperiksaan.

Malah sdr. Fakrul juga membantu aku mendapat senaskah manual radio amatur dari Afrika yang di dalamnya mengandungi banyak soalan-soalan latihan.

Melalui sdr. Fakrul juga aku mengetahui kelas-kelas persediaan peperiksaan diadakan di Kangar. Malangnya kesibukan berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Prai menyebabkan satu haripun aku tidak dapat hadir ke kelas ini.

Sebenarnya internet dan search engine banyak membantu aku. Dari beberapa laman web tempatan dan luar negara, aku mendapat banyak maklumat dan juga soalan-soalan latihan.

Inilah sahaja persediaan aku untuk menghadapi exam radio amatur ini. Di hari peperiksaan pula aku hanya menduduki kerusi di dewan peperiksaan itu kurang dari sejam sedangkan masa penuh yang diperuntukkan ialah tiga jam! Ini kerana makin lama aku di dalam dewan, lagi banyak jawapan (objektif) yang aku padam dan tukarkan!

Sebentar tadi aku merasa lega kerana nama aku telah tercatat sudah PASS! (ada dua ”S”) dalam senarai result exam amatur radio ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Fakhrul Anuar Bin Abdul Aziz
Pensyarah, Jabatan Multimedia,
Kolej Sastera & Sains,
Bangunan Teknologi Maklumat,
Universiti Utara Malaysia
Call sign: 9W2UUM

No comments: