Keledek Bakar Bangla
“Man, Maklong Huduh pesan kalau lapang-lapang baliklah jenguk dia.” Mak telefon aku dua minggu lepas.
Maklong Huduh aku ini bukanlah saudara rapat kami. Dia cuma sepupu satu datuk dengan bapa aku. Mungkin kerana kelima-lima anaknya perempuan (sebenarnya enam orang anak perempuan tapi meninggal seorang semasa kecil), dia agak menyayangi dan memanjakan aku semasa kecil.
Sabtu lepas awai pagi pagi lagi aku balik Batu Kurau.
”Mu kelik (balik) dengan apa Man?” tanya Maklong Huduh sebaik sahaja menjawab salam apabila aku celapak naik tangga rumah atas bertiang itu.
”Man balik dengan motor saja Maklong! Senang sikit jalan.”
”Apasai mutu (motor) mu diang (diam) saja Man? Kalau tak nu dari kedai Ee Beruang pun mekak (membising) dah!”
”Itu motor kecik ja Maklong! Motor besar habis jual dah. Maklong apa khabar?”
”Maklong ni tak sihat sangat. Mulut dok pahit saja!”
”Maklong tak pergi klinik ke?”
”Tak eh! Maklong telan Panado (Panadol) saja. Cuma tak mahu kebah saja.”
”Maklong kena pergi klinik, takut kena Cikugunya!”
”Apa demam Ciku tu? Tu sama saja denggi. Kalau aruah Paklong mu hidup lagi dia buat ubat sendiri. Dia naik bukit cari Pokok Putarwali dan Hempedu Tanah. Putarwali ambik akar sejuris dan Hempedu Tanah ambik daun sehelai. Jerang air dalam belanga air dua pot. Bila gelegak bubuh akar dan daun tu. Tunggu suam buat minum, legalah demam Ciku ka, demam denggi ka. ”
Tu dia panjang lebar kutbah Maklong Huduh aku ni!
”Mu ada kerja tak Man?”, tiba-tiba Maklong Huduh tanya aku.
’Kenapa Maklong?”
”Bawa Maklong pergi Taiping.”
”Maklong nak pergi mana? Maklong nak pergi Taiping Sentral makan Shusi ka?” Sudahlah hari ini aku naik motor, Maklong Huduh aku ini ajak pula pergi Taiping.
”Tak lalu Susi-susi tu tapi mulut Maklong ini pahit semacam. Teringin nak makan macam mengidam pula ! ”
”Maklong cakap apa saja, Man pergi beli.” Aku cuba mengelak Maklong Huduh membonceng aku, macam bawa awek pergi ronda-ronda pula.
”Kalau kirim, baik Maklong kirim kat kat Kak Hawa mu (anak Maklong Huduh yang bongsu sekali). Maklong boleh telefon dia kirim bila habis kilang (dia kerja kilang di Kamunting) nanti! Maklong rasa nak makan kat luar”
Sudah! Nampak gayanya aku kena juga bawa Maklong Huduh aku ini pergi Taiping naik motorlah. Minta-minta janganlah ada kawan-kawan orang rumah seorang aku itu yang nampak. Bukan aku malu bawa Maklong Huduh aku yang sudah ”warga perak” ini tapi aku takut ada yang cerita lain kata aku bawa awek pula!
Lepas parking motor, Maklong Huduh dan aku terus ke Foodcourt Taiping Sentral itu dengan sebelum itu melilau restoran-restoran di tingkat bawah.
Jenuh bertanya semuanya Maklong tak mahu. Pelita Nasi Kandar katanya baru makan bulan lepas anak menantu bawa balik bungkus. SM Heritage (Selera Malam) katanya malam-malam sedaplah makan! (buat lawak pula Maklong Huduh aku ini). Starbuck katanya Yahudi, la ni kena boikot pasa Gaza tu (perihatin juga Maklong aku ini!)
Di Foodcourtpun Maklong Huduh duduk melenggu. Semua yang ditanya dia mengeleng. Last-last aku order Kopi-O dengan cawan tembikar berukir kelopak daun diselit Roti Meri dua keping. Tergelak Maklong Huduh apabila melihatkan Kopi-O dan Roti Meri itu dilahap aku.
“Tadi mu di rumah jual mahal sangat bila Maklong tanya nak minum apa. Roti Meri tu satu tong Maklong ada atas para. Cawan free beli serbuk teh cap Kuda Terbang tu zaman aruah Paklong mu pun ada lagi.”
Aku diam sahaja sebabnya dah letih bertanyakan apa yang Maklong Huduh aku nak makan ini.
”Bangla tu jual apa Man?” Maklong memucungkan mulutnya ke sebuah booth.
”Itu jual Berangan.”
”Apasai ada gambar keledek kat kedai dia tu?”
”Itu Keledek Bakar. Tak kan Maklong nak makan Keledek kut? Rasanya bawah tangga rumah Maklong tadi Man tengok berlambak keledek!”
”Bawah tangga tu Ubi kayu. Mu ni Man Ubi kayu dan Keledekpun tak kenai dah!. Mu pergi beli sikit Keledek. Terasa mulut Maklong nak makan Keledek ni.” Kata Maklong sambil menyua not RM 10.00.
”Tak apalah Maklong. Man belanja hari ini.”
”Betuika mu ada ada duit Man? Mak mu kata mu tak jadi manager kilang simen dah la ni. Mu la ni jadi cikgu pula? Tadi pun mu naik motor kecik saja! Motor besar habih jual dah.”
Nak tergelak pun ada apabila mendengarkan kata-kata keprihatinan Maklong Huduh aku.
Akupun terus bangun dan berjalan ke booth Bangla jual Berangan Goreng dan Keledek Bakar itu.
Tu dia! Keledek jual ikut berat timbang! Aku pilih sebesar penumbuk. Bila timbang 300 gram dan Mat Bangla tu kata RM 4.50. Aku angguk dan sua duit not RM 1.00 empat keping dan sekeping syiling 50 sen. Mat Bangla tu sua resit sambil tunjuk jumlah yang aku kena bayar RM 4.75! Tak ingat aku kena tax 5%. Aku seluk poket jumpa 30 sen bagi kat dia. Mat Bangla ini senyum sambil cakap ”lima sen ta da!”. Aku kelebik dompet aku. Memang aku siap banyak syiling lima sen sebulan dua ni dalam dompet aku. Dak jemu aku ”ditipu” dengan kaunter yang bagi alasan ”lima sen tak da!” ini.
Keledek itu dikemudiannya diisi dalam mesin pembakar yang berlaci sorong. Tak sampai lima minit, Mat Bangla ini tarik laci itu ambik Keledek dan bubuh dalam beg kertas. Siap!
Aku tengok Maklong Huduh aku begitu selera mencicip Ubi Keledek Mat Bangla ini. Baru aku perasan, di Tesco Penang, Alor Setar dan Sungai Petani dan Jusco Perda (dan mungkin tempat lain juga) yang jual Berangan Goreng dan Keledek Bakar ini adalah Mat Bangla.
”Mu tanya Bangla tu Man, ini Keledek kita atau Keledek Bangla. Maklong rasa sedap betul tak sama macam keledek belakang rumah Maklong itu.”
”Kalau Maklong nak lagi Man nak order lain.” tanya aku.
”Tak mahu dah! Aruah Paklong mu dulu suka sangat Ubi Kayu dan Ubi Keledek ini. Kalau ada lauk Kedera Masin, Nyok Kukur gaul Garam dan Sambal Belacan dia suruh Maklong rebus Ubi Kayu. Kalau tak ada lauk dia suruh Maklong rebus Ubi Keledek.”
Tiba-tiba mata Maklong bergenangan dengan air mata. Meleleh dan disapunya dengan kain selendang.
”Maklong teringatkan Paklong ka?” tanya aku.
”Tak eh! Maklong teringat Tok Bukit mu sebab dia cerita kat Maklong zaman Jepun dulu inilah yang dia orang makan. Tak sangka la ni ada orang jual kat dalam kedai besar-besar ini.”
(Tok Bukit adalah Nenek sebelah bapak aku yang tinggal di kaki bukit. Manakala Nenek sebelah emak kami panggi Tok Bendang sebab dia tinggal di tepi bendang.)
Lepas habis makan, aku bawa Maklong Huduh aku ke rumah aku di Kamunting. Isteri dan anak belum balik sekolah. Aku tukar motor dengan kereta. Saja nak manis mulut aku pelawa Maklong Huduh tunggu sampai isteri aku balik untuk makan tengahari. Maklong Huduh aku senggeh saja. Tak apalah katanya. Tapi aku rasa Maklong Huduhpun tahu apapun tak ada lagi untuk makan tengahari walaupun jam sudah hampir pukul satu!
Dalam perjalanan pulang ke Batu Kurau, Maklong Huduh sempat pesan kat aku.
”Mu kalau balik lain kali belikan Maklong Keledek tu lagi Man. Sedap betul rasanya. Muka Bangla yang dok jual Keledek tupun manis juga, asyik senyum saja!”
Alamak! Maklong Huduh akupun sudah berkenan dengan Mat Bangla jual Keledek Bakar ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

No comments:
Post a Comment