Jenuh aku nak menjawab dari malam semalam hingga hari ini. Mentang-mentanglah Majalah 3 semalam menyiarkan kisah Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang, ramai yang menelefon aku apasai tak ada posting pasai Mee Banjir Udang ini dalam blog OKOB aku ini, sedangkan Mee Ketam Bagan Nyior Juru pun ada!
Jawab aku mudah saja. Banyak sangat posting yang ada dalam blog-blog di Malaysia ini. Malah gambar 1 dan 2 di ataspun dari blog rerakan aku iaitu Lan IDCCU 2008 dan gambar 3 dari blog Zul Lamaque.
Kalau ditanya yamg mana pilihan aku. Citarasa aku lebih kepada Mee Banjir Udang Salleh. Bagaimanapun Mee Banjir Mak Tehpun tak kurang hebatnya.
Apapun di dua-dua warung ini; selak udang baru nampak mee. Bukannya selak mee baru nampak udang!
2 comments:
warung pak salleh tu kt area yg same ker?ape beza dgn warung mak teh?pedas ke,kepekatan kuah ke,layanan ke?etc2...
Warung Pak Salleh ni betul-betul selepas koner sekolah (sebelum Warung Mak Teh).
Pada saya warung Pak Salleh ini lebih hygiene.
Manakala kuahnya merah berbanding kuah Mak Teh kehitaman sikit.
Bagaimanapun lain orang lain citarasanya.
Post a Comment