Sunday, February 15, 2009

Hujung minggu di Taiping

Hujung minggu di Taiping

Oleh kerana hujung minggu ini aku tiada ke mana-mana, kami tiga beranak meronda-ronda “kampung halaman”.

Petang Jumaat naik Bukit DO, exercise sementara menunggu anak jantan seorang aku itu habis tution. Sempat juga bawa orang rumah seorang aku itu jumpa Hajah Noreha Masri, Guru Teluk Intan yang berkursus di Seri Malaysia Taiping. Hajah ini sekelas dengan aku semasa Form IV – V di Taayah. Dah hajah rupanya!

Awal pagi Sabtu beli Capati dan Tose dari Gerai Basir di Medan Kamunting. Beli siap tiga pangu. Satu pangu untuk kami tiga beranak. Pangu lain untuk orang tua aku dan juga mak mertua aku.

Punya ramailah geng Silverstone di Gerai Mamak Basir ini. Basir inipun dulu kerja Silverstone sebelum take-over gerai bergerak bapa dia Hussein. Aku jumpa Roszahan, manager Silverstone KL yang bersama-sama sarapan. Agaknya ada meeting di Taiping. Lagipun dia ada ”cawangan” di Taiping! Roszahan ini ex-navigator Pasukan Rally Petronas dulu.

Sempat juga jenguk Pasar Tani sebelah Medan Kamunting. Ada Apek jual Betik. Lawa-lawa betul betik Apek ini. Beli sebiji Betik dan sekilo Jambu Air.


Ada banner baru dekat Medan Kamunting ini, banner Nash Donut. Aku sekeluarga pernah dua, tiga kali beli donut ini di Bandar Perda. Oklah juga. Boleh lawan Dunkin Donut. Ada member (kini Manager Silverstone) sama-sama ulang-alik setiap minggu ke UKM buat master dulu mesti beli Dunkin Donut ini untuk anak-anak dia. Tapi aku juga tahu kisah member ini yang selalu kirim Pau Yik Mun kepada driver Silverstone yang ulang-alik Taiping-KL semasa isterinya mengandung anak pertama berbelas tahun dulu.


Ada juga signboard baru pasai Pusat Jagaan Warga Mas Ehsan. Dahulunya aku pandang negatif kalau ada member-member hantar mak bapak mereka ke sini. Tapi kini aku rasa inilah tempat sebaiknya jika suami isteri bekerja dan tiada sesiapapun di rumah untuk melihatkan orang tua masing-masing. Dengan persekitaran dan kemudahan yang ada, di sinilah tempat yang selamat untuk warga-warga mas ini. Boleh buat macam nursery, hantar pagi ambik petang!



Petangnya kami pergi ke Changkat Jering. Sudah lama tak ke Pasar Malam di sini. Sebelumnya singgah sebentar rumah member sekerja orang rumah aku seorang itu di Taman Kaya. Member ini akan dapat ”duit terpijak” sebab ada geng parti politik nak sewa rumah sewanya selama dua bulan bersempena pilihanraya Parlimen Bukit Gantang ini.

Dia tanya pemdapat aku macamana nak letak harga sewa.

Jawab aku, sewa mesti ”up-sikit” dari kadar semasa. Boleh sampai 150 %. Jangan lupa ambil seratus dua duit deposit elektrik dan air. Semua kena cash dan dibayar dulu. Tak kiralah parti manapun. Kalau tidak, selepas pilihanraya nanti semua menghilang, terutama yang kalah!

Kemudian kami ke Pasar Malam Changkat Jering. Agaknya sudah bertahun aku tidak ke sini. Paling akhir semasa kerja Manager Kilang Tasek Simen ini dua tahun lalu.

Macam biasa kami order Sate Ayam 10 cucuk, Sate Daging 5 cucuk dan Sate Perut 5 Cucuk. Side order pula sepinggan Laksa (sudah tentu untuk orang rumah aku seorang itu) dan sepinggan Pecal nak bagi balance ”diet permakanan sihat”.

Bila time nak bayar, aku terpaksa berulang-kali tanya harga laksa dan pecal itu. Maklumlah telinga aku ini bukannya elok sangat setelah hampir 20 tahun dalam kilang dan juga bunyi kereta serta motor lumba hampir setiap minggu!

”Enam ringgit!” kata Makcik penjual Laksa Pekat Otak Udang dan Pecal yang telebih garam itu.

Oh! Rupanya RM 3.00 untuk sepinggan Laksa dan RM 3.00 untuk sepinggan Pecal. Satenya pula secucuk 40 sen. Kuih tak tahu berapa harga sekarang!

Apabila memaklumkan kepada orang rumah aku seorang itu, dia hanya mengatakan semua barangkan dah naik bang!




Lupa nak cerita ada banner baru* di Changkat Jering! Aku kenai sangat gambar dalam banner itu sebab dia pernah ”kena kencing” dengan seorang manager kilang di Kamunting semasa dia cuba nak masuk tender buat housekeeping. Lama tak jumpa Abang Mat sekarang?.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Sebenarnya banner ini aku ciluk dari blog orang lain!


No comments: