Betui-betui nak bersedekah!
Sat-sat tadi ada bunyi pet-pet, pet-pet, bunyi hon Honda cub yang bateri nak kaput depan rumah. Rupa-rupanya Aziz (kami panggil Ajij), bilal muda Masjid Kamunting. Dia mai hantar sebungkus polystrene punya besar nala! Polystrene tu tak ada jual kat Kamunting ini. Di Taipingpun aku cari tak ada. Kat KL saja ada polystrene besar ini.
Biasalah kalau malam Jumaat di Masjid Kamunting ada bacaan Yasin dan selalunya diikuti tahlil. Bila ada tahlil adalah yang sedekah makanan. Ada sedekah Nasi Tomato, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Beehon Goreng, Murtabak dan pelbagai lagi. Tapi malam ini hamba Allah yang bersedekah itu sedekah Nasi Briayani dengan seketul ayam merah dan seketul kambing masak kurma! Briayani dia pula betui-betul Briayani Kelas A. Macamana aku tak kata Briayani Kelas A sebab aku kais nasi jumpa macam-macam. Ada Biji Gajus lagi di samping Kismis dan maneka benda lagi!
Aziz ini bilal merangkap tok siak muda. Bila tok siak biasalah lengsing lengan baju dan penaik kaki seluar lepas selesai tahlil dan bacaan Yasin serta habis sholat Isyak. Bila dah selesai semua itu kalau ada lebih-lebih dia rajin bawa balik sedekah kat jiran-jiran pula. Aku yang bekas jiran dia inipun turut merasa.
Selepas cuci-calat berkongsi makan dengan anak jantan seorang aku itu, (dia ambik ayam, aku ambik kambing) dia tiba-tiba bersuara;
”Ayah, malam Jumaat depan kita pergi Masjid Kamunting ya ayah!”
Agak-agak ada lagi malam Jumaat depan yang betui-betui nak bersedekah macam ini?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment