Thursday, July 02, 2009

Pepatah Cina – Makan Durian Dengan Manggis



Pepatah Cina – Makan Durian Dengan Manggis

Terkejut aku diberitahu adanya pepatah Cina (Cina Malaysia!) yang mengatakan ”Makan Durian Dengan Manggis”. Rupa-rupanya ini pepatah baru! Pepatah ini di-adaptasi dari ”Yan-Yin”.

Petang tadi aku sampai saja Kamunting terus aku balik rumah mak aku kerana nak bawa bapa bergunting rambut. Selepas selesai bergunting rambut di kedai India depan Jalan Wat Siam, aku menghantar bapa pulang ke rumahnya. Rupanya sudah tersedia dalam beberapa beg plastik tupperware Bubur Durian, isi durian (yang sudah dikopek siap) dan buah manggis.

Tiga beg plastik untuk keluarga aku tiga beranak dan dua beg plastik untuk keluarga mak mertua aku dua beranak. Macam itulah kebiasaannya; kalau mak sendiri buat makan, kami sekeluarga dan mertua juga merasa. Kalau mak mertua buat makan, kami sekeluarga dan mak serta bapa aku juga merasa. Kalau kami buat makan (kalau orang rumah aku masak!)................, sudah tentulah kedua belah mereka akan merasa juga!

Jadi malam tadi kami ”makan Durian Dengan Manggis” serta bersambung dengan ”Makan Bubur Durian Dengan Roti Benggali”.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: