Sedekah Jumaat petang atau promosi!
Beberapa tahun lepas Stesen Petronas di R&R Ulu Bernam menyediakan minum petang percuma setiap Jumaat petang kepada pelanggan yang singgah mengisi petrol.. Selain dari Teh Tarik dan Kopi-O serta minuman ais, disediakan juga satu dua kudapan seperti kuih-muih diselang-seli dengan Bubur Kacang dan Pulut Hitam. Ada sekali itu Bubur Durian.
Jadi kalau aku ada kelas di KL ataupun acara motorsport di hujung minggu sebelah Selatan, aku sengaja memilih untuk bertolak dari Taiping selepas sholat Jumaat. Bolehlah kami tiga beranak minum petang percuma di sini. Sippppppp........
Entah mengapa sedekah Jumaat petang atau promosi itu hanya dijalankan beberapa bulan saja. Yang ada hanyalah Kempen Keselamatan Jalan Raya Rehat Seketika sempena Balik Kampung Musim Perayaan.
Semalam di Stesen Petronas R&R Simpang Pulai menghala ke Selatan menyediakan minuman petang percuma dengan kudapan Karipap dan Kuih Gulung. Tidak pasti samada sedekah Jumaat petang ini akan berterusan ataupun hanya sempena promosi Transformer saja.
Sempat juga aku dan isteri aku seorang itu perkena Teh Tarik Panas segelas kongsi dua orang dan Karipap serta Kuih Gulung (yang dipotong) di situ.
Anak jantan seorang aku itu? Semenjak dua-menjak ini dia sudah tidak mahu sudah mengikut aku mengajar di hujung minggu. Katanya biarlah ayah dan ibu pergi “honeymoon”!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment