Komuniti Seberang Jaya
Sudah lama aku tak ke tapak-tapak pameran atau acara terbuka ini. Kalau tidak sebut saja pameran, ekspo berkaitan perladangan, perternakan, keusahawanan, buku, belia dan seumpamanya pasti aku akan hadir dengan isteri seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu. Bagaimanapun kalau Jom Heboh dan sewaktu dengannya itu kami malas nak pergi. Bukan sahaja produk yang sama ada di pameran dan ekspo yang lain, kesesakan penghujung dengan masalah tempat kereta menyebabkan luput minat nak ke sana.
Kalau zaman bujang dahulu apa saja bentuk persembahan di KL terutama theater (di Bangsar), deklamasi sajak (di Rumah Anak Alam) dan sebagainya tidak aku ketinggalan. Malah Opera China dan Tarian Klasik Hindu (Ramli Ibrahim) juga menarik minat aku.
Minggu lepas kebetulan kami ada di Hotel Sunway Seberang Jaya dan Ahadnya ada beberapa acara komuniti Seberang Jaya seperti Sukan Rakyat, Auto Show, Sprint Test (ada yang berlatih dari tengah malam dan bunyi ekzosnya menganggu penghuni hotel!) serta Ceramah Perdana. Komuniti Seberang Jaya di bawah naungan Datuk Arif Shah Omar Shah. Datuk Arif yang dikenali sebagai ”Pek Moh” (rambut puteh) atau OCBC (Orang Cina Bukan Cina) memang aktif dalam mengadakan aktiviti-aktiviti komuniti di bawah DUN-nya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment