Wednesday, July 22, 2009

Negara apa yang kau sanjung?



Negara apa yang kau sanjung?

Mungkin ada yang marah-marah tapi cuma satu saja email yang masuk ke dalam inbox email aku. Aku membalasnya tapi sepi saja tidak bersambut.

Ini berikutan posting aku mengenai Iwan Fals dengan lagunya “Negara”.

(Aku tidak akan menyiarkan email itu untuk tatapan umum! Rasanya tajuk yang lebih tepat ialah Negara mana yang kau sanjung?)

Secara sedar aku mengakui Iwan menyanyikannya demi Negaranya Indonesia walaupun dalam liriknya tidak didendangkan negara mana.

Aku bukannya berhasrat untuk meng-convert-kan lagu Negara Iwan kepada lagu Negara Malaysa.

Aku bermimpikan adanya pengubah-pengubah lagu di Malaysia yang boleh melahirkan lagu dan irama yang sudah tentu lebih baik dan bermakna dari lagu Negara Iwan ini.

Biarlah mimpi aku itu dikejutkan dengan kehadiran lagu yang aku tunggu itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Posting sebelum ini di-delete-kan kerana masalah link.

No comments: