Warung Jo Cendol Pulut, Napoh
Minggu lepas semasa buat praktikal (panas lit-lit kena jalan kaki pergi-balik dekat 4 km!) Kursus Pengurusan Trafik CIDB di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan, aku sempat perkena Cendol Melayu betul-betul selepas Simpang Tiga menghala ke Batu Kawan. OK jugalah cendol di sini yang dijual dari pickup.
Gerai Cendol Pulut Bersagu di Padang Besar kesukaan kami tiga beranak, entah ke mana pindahnya sekarang ini selepas jalan di hadapan gerai ini telah dijadikan jejantas.
Semalam dalam perjalanan dari Kamunting ke Sintok aku terasa hendak minum Cendol Pulut. Bila lepas Napoh (selepas Tol Jitra PLUS menghala ke Bukit Kayu Hitam) selepas saja simpang tiga traffic light ke Guar Napai (Hosba) itu aku singgah Warung Jo Cendol Pulut.
Aku memang pernah sekali-dua singgah di Warung Jo Cendol Pulut di Napoh ini sebelum aku bekerja di Sintok iaitu sebelum dua tahun yang lepas. Cendol Pulutnya kira ok-lah tetapi masih tak boleh lawan Cendol Pulut Bersagu Kak Jah Padang Besar. Mana kau pergi Kak Jah? Ini kena tanya Tengku Shahrin Abu Bakar (kerabat DiRaja Perlis yang juga Presiden Kelab Sukan Bermotor Perlis).
Kebetulan jam sudah pukul dua dan perut pula mula berkeroncong melihatkan Daging Bakar dan Kerabut Perut. Apa lagi makan tengaharilah aku di sini.
Sepinggan Nasi Setengah, Daging Bakar (banyak juga aku ambik!), Kerabu Perut, Ulam Timun, Sambal Belacan dan Air Asam berharga RM 3.70 sahaja. Tambahan Cendol Pulut Biasa (kurang manis) dan Air Suam serta sekeping Tempeyek semuanya berharga RM 6.20. Macamana kaunter kira Cendol Pulut, Air Suam dan Tempeyek itu aku kurang pasti! Aku bayar saja.
Antara menu lain yang ada di sini ialah Gulai Ayam Kampung dan Itik (kata budak pejabat aku Gulai Itik di Warung Nasi Jagung Yusuf Jan Changlung lagi mengancam!), Ayam Bakar, Asam Pedas, Gulai Kawah, Keli Goreng, Ikan Masin, beberapa jenis sayur, Ulam-ulam dan Sambal Belacan serta Air Asam. Tidak ketinggalan Sadin Tin iaitu antara masakan favourite aku semenjak kecil lagi! (Penah makan Masak Lemak Sadin?).
Pendapat aku? Menunya bolehlah! Bagaimanapun Warung Jo Cendol Pulut ini selesa kalau disinggah kerana banyak kemudahan. Ruang makannya luas dan ada ruang berhawa dingin. Kemudahan lain ialah surau dan bilik air yang bersih. Hendak minum petang pun ada kuih-kuih yang digoreng.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment