Cendol Ansari kini berada di Simpang Taiping
Berita baik kepada warga Simpang, Taiping dan sekitarnya
serta pengguna Lebuhraya Utara Selatan Plus, yang ingin menikmati Cendol Ansari
The Famous Cendol in Taiping, boleh menikmatinya tanpa masuk ke Bandar Taiping.
Kini Ansari membuka cawangannya di Simpang, Taiping,
betul-betul berhampiran persimpangan traffic light menghala ke Bandar Taiping
bersebelahan Kedai Gambar Lam Loong.
Minggu lepas, Ansari menjemput saya ke restorannya ini
tetapi jadual saya agar ketat. Minggu ini pula Ansari terbang pulang ke “kampong
halamannya”. Kebetulan saya dalam perjalanan ke Bangi pagi tadi, saya singgah
untuk mencuba suasana restorannya yang lebih luas dan selesa.
Saya sampai 10.30am untuk “bersarapan” dengan Cendol.
Malangya Pulut Panggang haya tersedia selepas pukul 12.00 tengahari.
Kepada mereka yang berada di Simpang ataupun pengguna
lebuhraya yang singgah makan Mee Banjir di Matang, bolehlah singgah di restoran
ini semasa dalam perjalanan pulang. Kalau nak perkena Pulut Panggang,
singgahlah selepas pukul 12.00 tengahari.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment