Laksa Telur Goreng Depan Petronas Kamunting
Saya tidak begitu berahikan Laksa, tidak seperti orang rumah saya yang penggila Laksa. Kalau ada Laksa di rumah yang dibuat oleh orang rumah atau emak, saya hanya makan Laksa selepas sehari – Laksa Perangat.
Saya ingin berkongsi info dua jenis Laksa yang di-tambah-nilai-nya di Taiping. Satu Laksa Laksa Telur Goreng Depan Petronas Kamunting dan satu lagi Laksa Sambal Tumis Sotong Depan Balai Polis Pokok Asam.
Kali ini saya posting gambar Laksa Telur Goreng Depan Petronas Kamunting dahulu.
Oleh kerana Laksa bukan menu pilihan saya, tiada sebarang ulasan mengenai Laksa Telur Goreng Depan Petronas Kamunting ini. Sekadar berkongsi gambar.
Mereka yang peminat Laksa mungkin boleh mencuba Laksa Telur Goreng Depan Petronas Kamunting ini dan memberi pendapat/pandangan masing-masing.
1 comment:
rasanya dulu sini kedai kereta sewa...
mcm menarik..dah 4 tahun tak balik taiping.ic jer alamat taiping lg....
makanan di taiping masih murah.sesuai dgn nama land of everlasting peace
Post a Comment