Sunday, February 01, 2015

Makan dalam Belanga, minum dalam Pasu


Makan dalam Belanga, minum dalam Pasu

Semalam semasa bertugasan di Prai, ada msg masuk hp. Tertulis – tel maklong sat.

Tercatat nombor pemanggil – Huduh Maklong.

Macam tak percaya Maklong Huduh hantar msg. Masa rehat baru aku telefon balik.

“Hai Maklong. Sudah pandai hantar  msg ni?”

“Kak Mek mu yang buat tu. Maklong mana reti.”

“Kenapa Maklong?”

“Bila mu nak balik Tukuro? Bawa Maklong gi Tepeng. Saja nak pergi EYONG.”

“Nak buat apa kat Eyong tu (AEON)?”

“Eyong nak jalan-jalan ja. Lepas tu Maklong teringin nak beli pasu.”

“Laaa, kalau nak pasu, kedai Aba Siam tu ada banyak Maklong.”

“Pasu tu rumah Maklong pun banyak, Maklong nak minum ais krim dalam pasu.”

“Aik Maklong, hari tu Man makan nasi belanga, Maklong kata tak baik!”

“Belanga memang ada orang tua dulu-dulu pesan tak baik makan dalam belanga. Pasu Maklong tak pernah dengar pun.”

“Macam ni le Maklong, malam ni Man telefon balik. Kita rancang lain.”

Tak ada ke orang Tukuro nak buat bisnis Ais Krim Pasu ini? Masa Jeruk Pelam Asam tu ramai yang turut buat jual.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: