Sambal Kelapa Gaul Tempoyak
(Otw trip ke Banding Lakeview Inn)
Pagi Khamis semalam sekitar 10am, kami menuju ke BLI, Grik
melalui Kuala Kangsar. Cadang nak bersarapan di Gerai Mak Unggal, Simpang
tetapi tutup pula. Kami singgah sebuah gerai di Padang Renggas di penghujung
deretan rumah kedai selepas Stesen Petronas.
Sebaik sahaja keluar dari kereta sudah terbau kari ikan! Lauk
masih banyak belum tersedia. Kami bersarapan Nasi Puteh dengan Kari Ikan
Tongkol dan Sambal Kelapa Gaul Tempoyak. Ulam pun masih belum tersedia!
Sambal Kelapa Gaul Tempoyak di sini memang terbaik!
Harap-harap kunjungan selepas ini (waktu makan tengahari),
tersedialah ulam-ulaman seperti Timun, Petai Rebus/Bakar, Jering, Bendi Rebus,
Terung Rebus/Bakar, Kobis, Jantung Pisang Celur ataupun Pucuk Paku Celur.
Posting lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment