Maneka (Aneka) Bubur atau Maneka Manisa
(Otw trip balik dari Banding Lakeview Inn)
Pagi tadi sekitar 11.00am, kami dari BLI, Grik melalui
Lenggong-Sumpitan balik ke Kamunting. Orang rumah saya awal-awal lagi
mengingatkan untuk singgah beli Maneka Bubur di Pekan Batu Kurau. Gerai Maneka
Bubur ini terletak berhampiran persimpangan traffic light Pekan Batu Kurau
menghala jalan ke Anak Kurau. Gerai ini bersebelahan Pejabat Tok Penghulu.
Orang rumah dan mak saya memang sudah kerap ke sini. Saya
hanya baru pertama kali hari ini.
Pelbagai bubur dan kuih-muih berasaskan santan dijual di
gerai ini.
Saya rasa gerai ini lebih sesuai dikenali sebagai Gerai
Maneka Manisan. Atau ada slanga Tukuro (Batu Kurau) yang lebih sesuai dan lebih
tepat untuk Gerai Maneka Manisan.
Semua Manisan dijual dengan harga RM 2.00 sebekas. Murah dan
memang terbaik rasanya, kalau ikut citarasa kami suami-isteri!
Gerai ini beroperasi setiap hari dari pukul 11.00 am dan
biasanya habis jualan sekitar 4.00 petang.
Posting lanjut di sini.
No comments:
Post a Comment